Rabu, 9 September 2020

Bab 16: Kad Jemputan Perkahwinan

Tinggal sebulan lagi kami akan  bernikah, aku ada kursus selama dua minggu di Brisbane.  Aku sudah selesaikan semua benda yang diperlukan untuk majlis tu nanti. 

Bilik pengantin dah lengkap, urusan kenduri dah bincang dengan mak dan abah, kad jemputan kawin untuk tetamu pun sudah diedarkan.

Pakaian pengantin untuk Fizd sahaja yang masih belum dibeli, sebab nak match warna dengan aku.  Sehari sebelum bertolak,  aku sudah berada di KL.  Kami  ke kedai Den Wahab, beli dua pasang baju Melayu.  

Warna cream untuk majlis nikah, dan warna peach untuk majlis di rumah dia.  Kami dah berjanji tak mahu bersanding semua, cuma nikah dan buat majlis makan beradab.

Petang tu Fizd mengikutku ke rumah maksu, menunggu aku bersiap untuk bertolak malam nanti.  Di airport, kami pergi makan burger di McDonald.  Kami duduk bertentangan, dan Fizd senyum sambil pandang aku.  Tiba-tiba dia ambil kotak bekalan, tulis sesuatu di situ, dan hulurkan padaku.

Fizd tulis, " I love U."
Aku rasa tersentuh sangat.

Semasa menunggu panggilan masuk, aku letakkan beg pakaian di antara aku dan Fizd.  Dia belek-belek beg tu dan terus bertanya," apa dalam poket beg ni?"

"Secret, jangan bukak", aku memang tak nak dia bukak poket beg tu.  Aku malu.

Fizd terus buka zip poket beg aku dan ambil sebuah Quran terjermahan saiz poket.  Fizd meletakkan semula Quran terjermahan ke tempatnya sambil berkata, "there'll be no secret after our marriage.  Every inch."  Mukanya serius macam selalu, takde tanda-tanda tengah melawak.

Aku terpaksa berfikir dua kali untuk memahamkan kata-katanya.   Ehhh malu betul, aku ke yang otak biru?

"Sekarang you tinggalkan I.  Nanti I pulak nak tinggalkan you", Fizd  berkata selepas aku ucapkan selamat tinggal.   Apasal ni Fizd?  Takkan nak berdendam kot?  He heh ee tapi aku terlalu gembira nak berjalan... walau sedih nak tinggalkan dia.

Sepanjang waktu di sana, masa aku penuh.  Sarat dengan kursus dan tugasan.  Aku langsung tak berhubung dengan sesiapa, cuma hantar poskad untuk Fizd dan keluarga aje.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dua minggu berlalu, aku tiba di airport.  Aku terus cari pondok telefon.   Telefon Fizd di pejabatnya.  Tiada jawapan.  Mungkin di makmal.  Cuba lagi beberapa kali.  Mungkin dia keluar.  Aku telefon mak di kampung.  Dapat bercakap dengan mak.  Cuba sekali kali mendail no Fizd dan akhirnya berjaya juga berhubung dengannya.  

Fizd terus bertanya,"dah telefon mak?"

Aku jawab riang, "dah."

Aku ingatkan dia gembira aku dahulukan mak dari dia.

Rupa-rupanya dia sentap,"kenapa you tak call I dulu?"

"Actually I did call you before her,  several times, but nobody answered."

Fizd dah termalu, cuba ubah topik, "I mimpikan you dua kali." 

Sebenarnya Fizd dah selalu mimpikan aku beberapa kali sebelum ni.  Setiap kali bermimpi pasti dia akan beritahu aku keesokannya. 

Aku pernah mimpikan dia ke?  Dia dengan rupa yang sebenar memang langsung tak pernah. 

Seingat aku hanya mimpi2 sebelum aku dilamar, dimana aku cuma ingat badannya yang besar sahaja. Itu sahaja, rupa pun tak dikenali! It could be anyone!

"So what did I do this time?"

"I malu nak cakap."

Aikkk so unlike him?  Bukankah dia seorang yang lantang dan tak segan silu nak cakap apa pun?    

Ok I will wait until we got married, and then I will force open his mouth to talk about it.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Di pejabat, seminggu lagi nak bernikah.  Aku sudah edarkan kad majlis kawin pada rakan-rakan sepejabat.  Ketika di bilik solat, seorang staf pentadbiran yang masih bujang tiba-tiba menegurku.  

"Akak, akak nak kawin minggu depan kan?"

"Ya, jemputlah datang."

"Bakal akak tu namanya Fizd?"

Wah mana dia tau nama glamor tunangku.
"Betul, Nisa kenal ke?"

"Sebenarnya saya dah selalu dengar nama dia dari housemate saya."

"Oh ye ke?"

"Dia simpan gambar Fizd dalam wallet.  Dulu masa Fizd belajar di Melbourne, housemate selalu kirim sambal kering ikan bilis dari Malaysia."

"Ex girlfriend dia la tu."

"Bukan ... rasanya, kawan saya tu je yang minat kat dia.  Mungkin tunang akak tak ada apa-apa pun."

"Housemate kerja kat mana?"

"Gleneagles, dia Aesthetic Therapist.

Memang ramai ex Fizd yang kerja dalam bidang kesihatan, sebab Fizd pun bermula dari bidang yang sama.

"Dia dah tau ke Fizd nak kawin?"

"Dah akak.  Fizd dah hantar kad jemputan.  Frust sangat dia. Hari-hari menangis."

"I am so sorry."

Ya Allah jauhkanlah aku dari perkara sebegini.  Ampunkanlah aku, sekiranya aku telah menganiaya orang lain  tanpa disedari.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan