Pindah rumah baru, dapat rakan serumah baru, Azah. Azah dari jabatan yang sama dengan budak tak matang tu, biarlah kita kenal dia dengan nama Fizd, atau nama panjangnya Muhammad Hafizd bin Ahmad Yaakub.
Menurut Azah, Fizd juga ada ramai girlfriend. Yang peliknya, masing-masing sedar mereka ada ramai pesaing tapi tetap juga mahu bertahan. Aku terus terfikir ...budak kurang matang macam tu pun mahu direbut? Oh tidak, bukan taste aku.
Hampir setahun aku bekerja di situ.
Budak tak matang itu, Fizd semakin maju juga dengan aktiviti mengumpul girlfriendnya. Yang terbaru aku dengar dari Azah, gadis tercantik dan jadi rebutan dari jabatan pentadbiran pula dapat ditawan.
Semasa aku lunch bersama Azah di cafe berhampiran pejabatnya, gadis itu sedang berjalan masuk.
"Tu Rina, tengoklah latest girl si Fizd."
Aku mendongak, dan memang betul kata Azah. Gadis itu putih gebu, ayu, langsing, dan tinggi lampai, mungkin setinggi Fizd. Cuma lelaki tak sejati aje yang tak terpikat melihatnya. Aku yang perempuan pun terpegun seketika!
Dah ada girlfriend cantik pun mata Fizd masih tak pernah rehat. Masih nak tengok perempuan lain. Aku teringat suatu hari ketika aku ke cafe bersama Azah.
Semasa kami melangkah masuk ke cafe, dari jauh lagi aku sudah terlihat sepasang mata tajam bersinar sedang memandang tepat ke arah kami. Pandangan mata tu macam boleh tembus dinding setebal 6 inci.
Aku macam kena pukau, terpaku melihat matanya. Mujurlah aku cepat sedar dan dan terus berpaling ke arah lain. Mengucap, astaghfirullah. Kenapa pula aku nak rasa berdebar-debar ni? Tetapkan hati kau Farina, tetapkan hati! Itu bukan jenis lelaki idaman kau. Who is he anyway? Budak tak matang aje kan, bersilih-ganti teman wanita pula tu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lepas setahun bekerja, aku memohon untuk membuat master di Boston, Massachusetts.
Azah dan Fizd pun pergi melanjutkan pelajaran masing2 tapi di negara berbeza, Azah memilih Cambridge di England sementara Fizd ke Melbourne.
Selama dua tahun aku tumpukan pada pelajaran, walau kadang-kadang tersasar. Al maklumla, umur dah masuk tahap wajib kawin. Ada je lelaki Melayu pandang lebih sikit, mulalah terperasan. Rupa-rupanya tak ada apa-apa pun.
Semasa nak dekat2 tarikh tamat pengajian tu, aku bermimpi beberapa kali tentang seorang lelaki.
Dalam mimpi2 tersebut, lelaki itu memberitahu yang dia sukakan aku, mak dia pun dah berkenan dengan aku, dan dia nak kawin dengan aku.
Dalam mimpi2 tersebut, lelaki itu memberitahu yang dia sukakan aku, mak dia pun dah berkenan dengan aku, dan dia nak kawin dengan aku.
Aku memang tak dapat ingat rupa lelaki dalam mimpi tu, padahal mimpi lelaki yang sama berkali2. Aku cuma ingat bentuk badan dia yang besar je .... hah ha ha.
Setiap mimpi sangat pendek tetapi jelas dalam ingatanku. Aku seperti tidak sukakan lelaki dalam mimpiku, malah aku pernah lari darinya semasa dia cuba mendekati aku.
Satu mimpi tu mungkin petunjuk siapa dia. Aku nampak lelaki itu berbual2 dengan dengan rakan2 sekerjaku. Rupa-rupanya sebahagian rakanku adalah rakan2 dia juga.
Ketika di Malaysia dulu, aku pernah ke kem bersama peserta2 dari cawangan lain. Seorang staff berbadan besar dari Penang cuba mendekati aku berkali2 walau aku tak layan. Uwaaaa!!!!! Aku takut mimpi itu jadi nyata. Aku tak mau!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku sudah kembali bekerja di KL, di tempat yang sama. Azah dah kawin. Kawan2 yang graduate sekali dengan aku pun dah ramai hilang status single. Aku? Tak de sapa-sapa pun lagi.
Satu hari di kampung, mak aku buka mulut.
"Rina tak de kawan sapa-sapa ke?"
Aku sudah kembali bekerja di KL, di tempat yang sama. Azah dah kawin. Kawan2 yang graduate sekali dengan aku pun dah ramai hilang status single. Aku? Tak de sapa-sapa pun lagi.
Satu hari di kampung, mak aku buka mulut.
"Rina tak de kawan sapa-sapa ke?"
"Takde la mak".
"Umur Rina dah 27, bila nak kawin agaknya?"
"Bukan tak nak mak. Tapi memang takde."
"Takkan la takde sapapun?"
"Takkan la takde sapapun?"
"Iyaa!! Rina takde sapa2 pun."
Ketika itu juga imej lelaki Penang terus terpancar di kepala, tetapi cepat2 aku menepisnya pergi.
Aku dah meninggi suara, bosan dengan soalan yang sama. Di kampung pun semua makcik pakat tanya soalan macam ni juga.
Aku tengok muka mak berubah. Ya Allah dia nampak sedih sangat. Sedih sebab anak kesayangan dah pandai meninggi suara, atau sedih sebab aku bakal jadi andartu? Walau apapun puncanya, aku rasa sangat bersalah.
Aku tengok muka mak berubah. Ya Allah dia nampak sedih sangat. Sedih sebab anak kesayangan dah pandai meninggi suara, atau sedih sebab aku bakal jadi andartu? Walau apapun puncanya, aku rasa sangat bersalah.
