Sejak tiba di Penang, aku dan kawan2 serumah sibuk mencuci, mengelap dan mengemas. Kemudian Timah selaku ketua rumah, memohon talian telefon. Tak tau bila nak dapat. Aku tak dapat nak berhubung dengan Fizd.
Pejabatku belum ada talian telefon, terpaksa gunakan telefon di main office kalau ada kecemasan. Aku cuba menghubunginya pada waktu siang, menggunakan telefon awam. Tapi tak pernah berjaya. Mungkin dia sibuk di makmal.
Aku dah rasa terlalu rindu. Selepas 5 hari, aku nekad keluar rumah pada waktu malam dan pergi ke telefon awam berhampiran. Pondok telefon awam terletak 1 km dari rumah, dan aku terpaksa berjalan kaki ke sana. Takut, pertama kali aku keluar malam di Penang.
Akhirnya berjaya.
"Fizd, it's me Farina."
"Farina, I missed you like crazy! Why hadn't you called?"
"I miss you too."
"You do?"
"I tried several times. I never reached you."
"Sukanya I dengar suara you."
Aku pun sama.
"I am going to Seoul two weeks after our wedding day. Kita berbulan madu di situ?"
Aku teruja sangat. Aku memang tak sabar bercuti dengan Fizd berdua sahaja, tanpa gangguan dari sesiapa.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hari ni aku ke KL oustation. Aku menumpang di rumah Acik di Damansara. Dan aku dah berjanji nak keluar dating dengan Fizd. Ye aku tau, aku tau.... tak elok, tapi godaan ni terlalu kuat. Fizd dah teringin sangat nak berjumpa denganku. Dah dua bulan lebih kami tak jumpa sejak aku pindah Penang.
Kami jumpa di SOGO, Fizd nak cari baju kerja, beli 2 helai kemeja. Aku pilih warna biru, dia pilih pink. Fizd tetap nampak maskulin walau pakai kemeja pink.
Kami jumpa di SOGO, Fizd nak cari baju kerja, beli 2 helai kemeja. Aku pilih warna biru, dia pilih pink. Fizd tetap nampak maskulin walau pakai kemeja pink.
Semasa kami berdiri menunggu bas, ada dua wanita Filipino bert-shirt sendat dan seluar jeans ketat di hadapan. Walau gemuk dan rendah, dah pasti setiap inci lekuk di badan diaorang takde dapat disorok-sorok lagi. Fizd pun apa lagi, terus bisik ke telingaku," I want you to dress like that at home."
Di dalam bas, aku memilih untuk duduk di sebelah seorang auntie Cina walaupun ada tempat kosong untuk dua orang di hadapan. Aku tak mahu duduk sebelah Fizd, aku tak boleh.
Malangnya selepas sahaja auntie itu turun, Fizd terus pindah duduk sebelah aku. Aku rasa sungguh tak selesa, aku rasa berdebar-debar je. Pelik betul Fizd macam ok, tak rasa apa-apa pun. Agaknya dia dah biasa buat macam ni.
Ya Allah, inilah aksi Fizd yang aku jijik melihatnya satu masa dulu, tapi sekarang akulah pelakunya. Ampunkan aku ya Allah.
Kami ke rumah Acik. Semasa aku sendukkan makanan untuk Fizd dan bertanya samada dia mahu lebih, Fizd langsung tak pandang ke arah pinggan nasinya. Sebaliknya matanya cuma fokus pada aku. Mujurlah Acik sporting, cool je tak cakap apa2 tengok kami, sebab terlalu jelas pandangan mata Fizd yang tidak berganjak seperti spotlight itu.
Kami ke rumah Acik. Semasa aku sendukkan makanan untuk Fizd dan bertanya samada dia mahu lebih, Fizd langsung tak pandang ke arah pinggan nasinya. Sebaliknya matanya cuma fokus pada aku. Mujurlah Acik sporting, cool je tak cakap apa2 tengok kami, sebab terlalu jelas pandangan mata Fizd yang tidak berganjak seperti spotlight itu.
Begitu juga semasa aku lalu lalang di ruang tamu Acik yang sempit tu, mata Fizd tetap pada aku. Dia langsung tak sedar apa yang sedang Acik bualkan. Mujurlah aku sudah biasa, sudah hilang perasan ketar dan gemuruh ketika pandangan kami bertemu. Cuma malu kepada Acik sahaja kerana Fizd yang langsung tak pandai mengawal pandangan matanya itu.
Kemudian aku hantar dia ke bus stop. Hmm aku dah sayangkan dia lebih dari dulu. Aku berdoa semoga perhubungan kami tetap dalam kesucian, moga tiada yang buruk berlaku. Dan seandainya tiada jodoh antara kami, biarlah kami berpisah tetap dalam keadaan suci.
Kemudian aku hantar dia ke bus stop. Hmm aku dah sayangkan dia lebih dari dulu. Aku berdoa semoga perhubungan kami tetap dalam kesucian, moga tiada yang buruk berlaku. Dan seandainya tiada jodoh antara kami, biarlah kami berpisah tetap dalam keadaan suci.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebulan berlalu. Fizd ada kerja di Penang dan datang mengunjungiku. Fizd memberiku sekeping jubin dengan tulisan romantis. Jubin itu ku letakkan di atas rak di pejabatku.
Aku ditaburi kata2 indah melalui berbagai cara. Puisi ini yang ditulis oleh H Romantik KL ini dihantar melalui email.
Farina
Sometimes I wish
I didn't love you so much
Sometimes I think
My life would be better
Alone without you
But then sometimes
I remember
Your smile
Your face
Your laughter
You
I kneel down in gratitude
That you are in my life
Fizd
Kad2 ucapan darinya semuanya aku simpan rapi. Aku rasa seperti puteri di alam fantasi. Adakah dia akan begini selepas kami kawin nanti? Atau adakah dia akan bertukar arah seperti ramai suami2 yang ku baca di ruangan masalah rumahtangga?
Kadang2 muncul juga curiga di kepalaku, entah2 dia dah bagi 100 kad macam ni pada semua ex dia. Tapi aku cepat2 membuangnya jauh. Pandang ke hadapan, jangan toleh ke belakang. This is your choice, your life.
Ya Allah, jodohkanlah aku dengan dia. Mudahkanlah urusan kami.
