Aku tak boleh tidur. Fidz vs Abdul Hakeem. Dua-dua pun tak de perasaan pada aku. Satu ikut mimpi, satu ikut mak. Satu kenal aku sikit-sikit, satu pernah tengok gambar je. Tapi dua-dua datang serentak, setelah aku berusaha berdoa dan meminta dari Allah.
Selepas solat, aku masih tak tidur juga lagi. Aku langsung tak boleh lena, bergolek kiri, bergolek kanan, mata aku tetap terbuka. Bila aku cuba tutup mata pun, otak aku masih ligat berpusing macam CD ROM tu.
Aku teringin merasa nikmat dicintai oleh seorang lelaki. Aku teringin nak bercinta dan merindu macam kawan-kawan aku yang lain.
Aku teringin merasa nikmat dicintai oleh seorang lelaki. Aku teringin nak bercinta dan merindu macam kawan-kawan aku yang lain.
Aku lupa, baru je aku bermunajat pada Allah sepanjang bulan Ramadhan untuk mendapat jodoh, seorang suami. Bukannya seorang boyfriend untuk seronok2 berhayal dan bercinta.
Mengapa aku terpaksa buat keputusan yang cepat ini, sebab tarikh 10 Jun itu semakin dekat, cuma 3 minggu lagi. Sedang akalku masih sibuk menimbang buruk baik Fizd, aku perlukan lebih banyak masa. Tapi keadaan seolah2 memaksa aku untuk membuat keputusan secepat mungkin.
Setelah beberapa hari tak lena tidur, akhirnya pagi ni aku bangun dengan fikiran yang lapang. Tiba-tiba aku dah dapat jawapan pada apa yang aku inginkan. Lagi aku cuba lupakan, lagi kuat jawapan tu datang pada aku.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berdebar-debar aku dail nombor itu. Bila nak cakap, suara aku terketar-ketar, ya Allah kenapa ni? This is a very important moment of my life, dan aku jadi begini?
Fidz yang terpaksa tenangkan aku. Suaranya sungguh soothing didengar, aku terus cair jadinya. Hatiku dan kepalaku macam tak boleh bersatu. Ini bukan Fidz yang ku kenal 3 tahun lepas, yang cakap lepas tanpa fikirkan perasaan orang lain.
Aku bagitau tentang panggilan dari mak, dan keluarga Hakeem yang bakal datang. Aku juga bagitau Fizd, aku mungkin akan terima dia, jika dia terus masuk meminang. Fizd terus marah kat aku. Cadangan gila katanya.
"What if I meet your parents and I am rejected? Buang masa I je camtu!"
Yes. Aku dah nampak ciri-ciri panas barannya keluar. This is the real him!
"Then the answer will be NO! Stop calling me by today. No more contact between us because I don't want to waste my time either. And thank you for making my choice easier!"
Terus aku rasa menyampah dan benci giler kat dia. Rasa macam nak letak telefon pun ada. This is my last call to him. Ever!
Tiba-tiba Fizd berlembut semula.
"Farina, I just want us to take things slowly. Get to know each other more. Not so sudden like this! Why do you need to do this?"
Get to know each other hingga bertahun, atau hingga dia jumpa yang dia lagi suka? Buat dosa banyak2 bercinta dan dating sana sini. Lepas umur 30an, aku kena move on dan cari orang baru, yang sebaya atau lagi tua, dan semuanya laki orang!
Adakah call aku hari ni satu kesilapan? Tidak, sebab batu berat dalam kepala aku dah hilang. Aku dah rasa lega yang teramat. Aku dah lepaskan semuanya!
Sekarang terpulang pada dia samada nak teruskan, masuk meminang. Atau back out dan jangan kacau aku lagi. Sebelum aku ada apa2 perasaan pada dia.
Aku juga ada harga diri, dan aku takkan biarkan diri aku dipermainkan oleh sesiapapun. Aku yang akan tentukan syarat. Kau nak, kau masuk meminang. Kalau teragak-agak, dipersilakan pergi.
Fizd cuba nak damage control, cuba nak curi hati aku semula. Tiba2 dia buka cerita tentang mimpinya.
"Farina, I belum cerita mimpi terakhir I. Mimpi yang jadi turning point, yang buat I tekad nak propose you, and I betul2 yakin mimpi tu akan jadi nyata."
"Don't expect too much Fizd. Most of the times, reality is wayy too different from fantasy."
Entah apalah agaknya mimpi dia. Mimpi tengah salam tangan tok kadi agaknya?
"Dalam mimpi tu, I tanya, do you love me? You jawap, yes. I do really love you."
"Really?" Takkanlah boleh mimpi macam tu. Issh malunya kalau betul.
"No I'm just kidding. I sebenarnya mimpi yang sama macam mimpi sebelum ni, I lamar you, dan you terima I."
"Jadi apa yang buat you tiba2 nak percaya pada mimpi tu?" Aku dah bertanya macam polis penyiasat.
"In that dream, you looked so shy, so cute and adorable. I was really falling for you."
"But that was just a dream. Hey, I did fall for a singer in my childhood dream!" Aku memotong cakapnya.
"Lepas mimpi tu, I rasa tenang dan lapang, terasa I dah jumpa apa yang I cari selama ni. I want to spend the rest of my life with you. I really want to marry you."
Alangkah indahnya jika tutur kata ini datang dari orang yang aku impi-impikan. Pasti jantungku berdegup kencang dan hatiku nak terkeluar dari badanku.
Malangnya, sedikitpun aku tidak terusik dengan kata-katanya. Hanya rasa tak percaya. Mungkin pengalaman lalu, terlalu ramai yang berjanji tetapi kemudian hilang begitu saja. Walaupun janji2 itu dibuat oleh emak, makcik atau kenalan, bukan si empunya badan.
Fizd akhirnya berjanji akan menghantar rombongan meminang awal Jun nanti. Betulke? Aku tak mahu percaya tetapi akan tunggu dan lihat sahaja.
