Aku akan dipindahkan ke cawangan di Penang. Fizd akan kekal di KL selama lebih setahun lagi. Kemudian dia pun akan dipindahkan ke sana. Semasa memohon kerja ni dulu, kami memang dah tau apa yang akan berlaku.
Petang tu aku dapat panggilan dari Fizd.
"I've been calling you since morning. Where have you been?"
"I cuti, ada ujian memandu."
"Please come to my office now. I've something for you."
Aku pergi ke pejabatnya, diia berjanji akan membuka pintu pejabat seluas-luasnya supaya tak ada fitnah. Pertama kali aku ke situ. Pejabatnya dihiasi dengan bermacam kad, foto dan cenderahati semasa dia keluar negara.
Sungguh berlawanan dengan pejabatku yang ada hanya fail-fail kerja dan buku sahaja. Barang-barang tersusun di atas almari rendah yang kusangka fail-fail tebal, rupanya album gambar dari kecil sehingga dia dewasa.
Fizd memberiku sehelai skaf sutera, dan sekeping kad ucapan.
Dia menunjukkan padaku gambar ex gf yang pertama. Dikenali semasa tahun pertama di universiti. Aku tersedar gadis itu ada beberapa persamaan denganku. Wajahnya biasa sahaja, tidak secantik ex lain yang pernah kulihat. Dia juga sentiasa memakai baju kurung kain kapas, sama sepertiku.
Bila kuamati, wajahnya hampir mirip wajahku juga. Aku seolah-olah melihat diriku sendiri ketika remaja, tapi dalam situasi berlainan. Dia tidak bertudung, bebas berkawan dan bercinta. Sementara dunia aku ketika itu hanya buku dan pelajaran, tiada teman lelaki langsung.
Melihatkan gambar-gambar mereka, aku dapat merasakan mereka betul2 saling menyanyangi. Perasaan cemburu tiba2 muncul dihatiku. Perasaan yang tak pernah wujud pada gf lain walau gadis Adelaie itu.
"Kenapa putus dengan dia?"
"Kenapa putus dengan dia?"
"Bila dah habis belajar, terpisah, tak contact, terus putus macam tu je."
Wow senangnya, bisik hatiku. Macamana kalau kami berjauhan kelak, adakah dia juga akan lupakan aku?
Kemudian gambar gf di Adelaie pula yang aku tak tau samada dah putus atau belum. Agak lama juga aku renung gambar gadis tu, cantik. Gambar yang diambil semasa Fizd buat master di Melbourne dan pergi melawat gfnya.
Kemudian gambar gf di Adelaie pula yang aku tak tau samada dah putus atau belum. Agak lama juga aku renung gambar gadis tu, cantik. Gambar yang diambil semasa Fizd buat master di Melbourne dan pergi melawat gfnya.
Dari gambar-gambarnya, gadis itu nampak happy sangat. Aku tak nampak kenapa Fizd mesti tinggalkan dia. Dia ada segalanya, rupa, tinggi lampai, bakal doktor pula tu. Aku pula hanyalah seorang penyelidik biasa.
Kemudian Fizd bertanya jika ada sesuatu untuk diucapkan sebelum kami berpisah. Aku kata takde, sebab aku dah plan nak jumpa dan bagi dia sesuatu esok. Aku dah setkan masa untuk jumpa, sebab jadual aku penuh sebelum pindah.
Keesokannya aku tunggu Fizd di hadapan bangunan utama. Dia datang agak lambat, lagi setengah jam je dari masa appointment di tempat lain. Sebaik dia sampai, aku terus serahkan kad dan hadiah, kemudian aku ucapkan selamat tinggal untuknya.
"eh kenapa rushing ni?", Fizd nampak bingung.
Kemudian Fizd bertanya jika ada sesuatu untuk diucapkan sebelum kami berpisah. Aku kata takde, sebab aku dah plan nak jumpa dan bagi dia sesuatu esok. Aku dah setkan masa untuk jumpa, sebab jadual aku penuh sebelum pindah.
Keesokannya aku tunggu Fizd di hadapan bangunan utama. Dia datang agak lambat, lagi setengah jam je dari masa appointment di tempat lain. Sebaik dia sampai, aku terus serahkan kad dan hadiah, kemudian aku ucapkan selamat tinggal untuknya.
"eh kenapa rushing ni?", Fizd nampak bingung.
"I've to be at Subang at 2 pm."
"I thought we can have lunch together."
"I can't".
Dia nampak kecewa. Aku pun sedih juga.
Fizd pandang aku lama dan aku terdengar suaranya perlahan, "your eyes..."
"Why?" soalku, mana tahu ada apa2 bendasing atau kekotoran ke. Sudahlah aku ada appoinment sekejap lagi.
"nothing ... ", pendek sahaja jawapannya.
Semasa menunggu teksi ke Subang, aku terpandang dia di seberang jalan. Fizd sedang memerhatikan aku sambil tersenyum. Senyuman Fizd boleh mengubah seluruh airmukanya dari nampak sombong dan ego, kepada manis dan mesra.
Malam terakhir aku di KL. Esok aku akan mula tinggal di Penang. Fizd menelefon ku.
"Do you really mean what's written on the card?
"Yes." Kad tu cuma tulis - I wish you could be here-
"I never expected it from you. I thought you had accepted me without feelings."
Kemudian Fizd mengomen gambar yang aku beri padanya. Gambar aku sedang tersenyum lebar sambil mengayuh canoe di Port Dickson.
Aku memang sengaja bagi gambar tu pada dia. Itulah aku yang sebenar, yang simple, ceria dan sukakan aktiviti luar. Personaliti aku yang dia tak pernah tahu.
Dia ingat aku gadis lemah, bersopan, menjaga kata dan personaliti. Aku dah kata itu bukan aku yang sebenarnya, pun dia masih tak percaya.
"I purposely gave you that picture. It shows the real me."
"I actually afraid to ask for your picture. Ingatkan you tak nak bagi."
"Nanti you tengok orang lain."
"Takut jugak you ye?"
"Of course, you have the reputation."
"Reputation with girls?"
Sengajakan! Mujurlah dalam telefon, kalau kat sebelah .... memang dah kena pukul bertalu-talu.
"Ok I mengaku you memang tak cantik. Bolehlah... but still cute and adorable." Lepas tu aku terdengar dia ketawa tertahan-tahan.
Aku terdiam. Ye aku selalu mengaku aku tak cantik, tapi bila perkataan tu keluar dari mulut dia sendiri, hatiku macam dihiris sembilu dan ditambah dengan perahan limau nipis berkilo2.
"Ok sorry... sorry, I'm just pulling your legs. Farina, are you still there?"
Aku diam je.
"Farina... ?"
Huh padan muka. Tau risau. Aku nak letak telefon, tapi nanti aku juga yang rindu.
"Farina, I adore you. I really like you. I rasa bertuah sangat bila you terima I."
"Thanks Fizd." Aku terharu sangat. Fizd memang pandai bermain kata2. Patutlah ramai perempuan jatuh hati pada dia.
"Sedihlah I nanti", kata Fizd perlahan.
"Kenapa?"
"I tak dapat tengok you lagi."
"Bukan selama ni pun kita jarang2 jumpa? Nanti2 kalau I turun KL, kita jumpalah lagi."
"Sebelum ni I selalu curi-curi tengok you Farina. You je yang tak tau."
"Betul Fizd? Kenapa I tak pernah nampak you?"
"I selalu nampak you di cafe dengan Lisa. Dah you jalan straight pandang depan, mana ada toleh kiri kanan. I ada duduk sebelah meja you pun, you tak tau."
Aku rasa flattered habis. Aku sedar aku tak cantik, takde daya tarikan apa pun. Aku ingatkan tak ada lelaki yang teringin nak tengok aku, apalagi tengok curi-curi seperti itu. Benarkah Fizd selalu curi2 tengok aku, atau dia cuma bermanis mulut sahaja? Tak kisahlah manis mulutpun, hatiku terus berbunga2 bahagia.
