Memaparkan catatan dengan label 18 Ditinggalkan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 18 Ditinggalkan. Papar semua catatan

Rabu, 9 September 2020

Bab 18: Ditinggalkan Selepas Nikah

Selepas majlis kenduri di rumahnya, Fizd balik ke KL kerana banyak perkara yang masih belum diuruskan sebelum bertolak ke Seoul.  Aku kembali semula ke Penang dan pergi kerja macam biasa.  Aku frust kenapa Fizd seolah-olah tak sedih berpisah dariku.

Sehari sebelum tarikh dia bertolak, aku menaiki bas ekspress ke KL.  Tiba di  Hentian Bas Jalan Duta, aku mencari Fizd.  Di celah-celah orang ramai, aku nampak dia so out-of-place di situ.  Dengan pakaian kerja yang masih kemas dibadan, kemeja biru yang kami beli bersama, dia seperti seorang model yang sedang berdiri di sebuah stesen bas yang sibuk.


Orang lalu lalang dihadapannya terutama gadis2 nampak menoleh beberapa kali.  Tapi Fizd seperti tak sedar apa yang berlaku, matanya fokus ke hadapan, tempat  laluan orang ramai yang turun dari bas.  Aku pula terus ke toilet sebelum ini, jadi dia tak nampak aku datang dari arah berlainan.

Walaupun muka langsung tak senyum kerana dah letih menunggu agaknya,  Fizd nampak sangat tampan dan segak sekali.  Untunglah jadi orang hensem.  Kalau rupa biase2 macam aku ni, kena senyum je baru nampak elok.  Aku terus jadi rindu dan hilang semua rasa marah pada dia.  Jika kami bukan berada di halayak ramai ketika itu, pasti akan kupeluk dia sekemas-kemasnya.

Kami tidak pulang ke rumah sewanya, Fiz bawa aku ke Hotel Crown Princess, windows shopping dan makan  Ampang Park, tempat aku menghabiskan ratusan ringgit semasa hendak bertunang dulu.  Tempat yang akan jadi kenangan cintaku bersamanya.  

Lepas majlis tempohari, aku dapat control lagi masa nak berpisah.  Sebab nampak dia tak sedih, aku pun buat2 tak sedih juga.  Tapi malam ni, aku tak dapat tahan kesedihan.  Aku menangis.  Aku rasa tak adil untuk pengantin baru dilayan sebegini.  Sampai hati Fizd tinggalkan aku seorang.

Esoknya aku hantar Fizd ke Lapangan Terbang Subang.  Aku masih lagi sedih, aku tak dapat senyum walaupun diminta.   Bila Fizd masuk untuk panggilan akhir, aku rasa  seluruh jiwa dan ragaku terbang bersamanya.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selepas nikah, aku masih tinggal dengan housemate di Penang dan Fizd pun tinggal bersama rakan-rakan serumahnya di KL.  Bulan Julai tahun depan barulah dia berpindah ke tempatku.

Permulaannya, Fizd menelefonku setiap malam, bertanya kabar.  Aku pula outstation ke KL setiap dua minggu, jadi masa terluang kuhabiskan untuk bersama dengan Fizd.  Kami seperti pasangan bercinta, belum ada tanggungjawab apa2 untuk dirisaukan.  Kerjaku bermula dari pagi dan berakhir waktu malam pada hari Sabtu.   

Hari Ahad di KL kami mulakan dengan solat subuh, terus keluar jogging dan bersarapan.  Masa dihabiskan di biliknya sahaja sehinggalah tiba masa untuk aku pulang semula ke Penang tengahari itu.  

Dahulu semasa menonton drama percintaan di tv, melihat pasangan bercinta berjalan berdua di pantai menyaksikan matahari jatuh, aku berangan2 untuk melakukannya dengan suamiku.  Berjalan berdua ditaman yang indah penuh dengan bunga-bungaan mewangi,  padahal ketika itu, boyfriend pun aku tak ada.




Sebelum bernikah, aku menahan keinginan untuk kerap keluar dating bersamanya.  Keluar juga akhirnya setelah puas Fizd memujuk, untuk mencari baju kemeja dan baju nikah Fizd, serta semasa menghantarku ke airport.

Aku ingin melakukannya selepas ikatan  yang halal, tapi Fizd sudah tak berminat.    Kami cuma keluar sekejap bila teringin nak makan sahaja kerana dapur di rumah sewanya tiada apa2 pun.  Fizd kata rugi keluar, lebih baik habiskan masa dalam bilik! 

Benarlah, lelaki dan perempuan dijadikan dari dunia yang berbeza.  Mujurlah housematenya semua tiada di rumah semasa hujung minggu.  

Baiklah,  aku akan bersabar menunggu sehingga tiba waktu honeymoon nanti.