Fizd akhirnya mengizinkan aku pulang ke Malaysia. Ketika itu aku sudah hamil 7 bulan, mujurlah perutku kecil sahaja, kalau tidak pasti terkandas di airport kerana tidak dibenarkan masuk pesawat.
Aku mencium tangannya sebelum berpisah.
"Abang, ampunkan semua salah silap saya selama kita bersama. Biarlah kita sama-sama cari ketenangan masing2, cari semula apa yang sebenarnya kita mahu. Insyaallah jika diizinkan, kita akan jumpa semula."
"Take care. Jaga anak2 kita baik2. Kirimkam salam pada semua keluarga. Doakan abang berjaya. Semoga kita dapat berkumpul semula satu keluarga."
Aku dapat lihat kesedihan dimatanya. Tapi aku tepis jauh2 rasa simpati itu. Jiwaku telah lama mati, sudah habis keluar semua rasa sedih dan rasa pilu semenjak dia berubah sikap sehinggalah terjumpanya hubungan rahsia melalui email itu.
Aku menyewa sebuah bilik studio yang besar, lengkap dengan katil, sofa, peralatan dapur dan bilik air di Parit Buntar. Duit simpananku pun cukup untuk bayar sewa dan hidup sederhana. Paling penting, bilikku dekat dengan kedai, taman, klinik dan hospital.
Emak mengajak aku tinggal di kampung, tapi aku menolak kerana ini bukan untuk sebulan dua. Aku dah nampak banyak contoh anak dan emak bercakaran bila tinggal serumah. Selepas bersalin nanti, barulah aku pindah ke sana untuk berpantang.
Ibubapaku datang berkunjung seminggu sekali. Macam2 makanan dan hadiah untuk Faris dibelikan. Setiap pagi, harianku bermula dengan berjalan ke taman bersama Faris. Kemudian ke perpustakaan awam sebelum pulang ke rumah. Aku lawat bapa mertua di kampungnya, supaya dia dapat bersama Faris walau seketika.
Waktu malam aku siapkan kerja2 freelance, menterjermah buku dan artikel2 dari bahasa Cina ke Melayu, yang dihantar syarikat yang menggunakan khidmatku. Semasa di universiti aku mengambil beberapa subjek dalam bahasa Mandarin supaya tidak lupa, selepas tamat smjkc dulu.
Aku sukakan rutin hidupku sekarang. Aku tak perlu merindu dan menanti panggilan Fizd seperti dulu. Aku tak perlu menahan airmata setiap kali sakit tetapi tidak dihiraukan. Aku sudah redha ini jalan hidup yang ku pilih.
Pada mulanya Fizd menelefonku setiap malam. Tetapi aku yang memintanya telefon bila perlu sahaja, tak perlu bazirkan wang dan paksakan diri buat rutin yang sama setiap hari.
Fizd mengubah cara komunikasi dengan email pula. Setiap hari dia menghubungiku. Aku balas dengan gambar dan aktiviti Faris setiap hari. Aku tidak bercerita tentang diri atau perasaanku. Aku hanya jawab soalan2 yang berkaitan Faris atau anak dalam kandungan sahaja.
Bila aku sudah sarat, semakin kerap ibubapaku datang berkunjung membawa sarapan dan lauk2 tengahari untukku. Aku rasa sungguh terharu, sudahlah mereka yang menjaga aku dari kecil hingga dewasa, kini dah beranak pinak pun masih dijaga dengan penuh kasih sayang.
Fizd banyak luahkan perasaannya melalui email. Aku baca sahaja, tiada perasaan suka atau teruja lagi seperti dahulu. Melihat frasa I love you atau I miss you sudah seperti membaca lirik sahaja, tiada ertinya lagi.
Rupanya dia pun tahu selama ini dia menyakitiku.
"Farina, bila you tinggalkan abang, I cuba muhasabah, cuba cari apa yang silap. Abang sedar abang terlalu keras dengan you. I never appreciated you. I took for granted everything you did for me. Please remind me if I ever hurt you again, because I really need it."
Aku sudah tahu semua itu, cuma menunggu pengakuannya sahaja.
"I don't want our children to grow up exactly like me. Panas baran, ikut kepala sendiri, tak jaga hati orang yang disayang. I want them to be good, just like you, considerate, loving. Adik2 I lebih rapat dengan you. My family really love you. You are the link between me and them."
Tulisannya kali ini banyak yang menyentuh hatiku. Atau mungkin hatiku sudah cair semula, sudah mula merindukannya tanpa kusedari.
"Remember I called you only once a week when we were apart, when you were pregnant with Faris?"
"I wanted you to really miss me and call me anyday. You never did. And I'd been waiting for you to confess your love towards me but you never did. Dua benda tu je abang nak dari you Farina. Call me, and tell me that you love me."
Aku terus mengimbau kenangan lalu. Semasa aku mengandung anak pertama, merindu dan menanti panggilan Fizd yang datang seminggu sekali sahaja.
Tidak pernah terlintas langsung dimindaku untuk menghubunginya jika aku rindu. Aku menganggap itu semua tugas seorang suami! Ya Allah, banyaknya dosaku pada Fizd!
Fizd juga menjelaskan kenapa dia tiada di hospital pada malam aku melahirkan Faris.
"Abang balik tidur di rumah masa Faris lahir. Lepas keluar makan malam tu, abang dah cuba naik ke wad, tapi guard tak benarkan."
"Abang balik, penat sangat, terus tertidur. Mungkin you ada call rumah kita malam tu, tapi abang langsung tak sedar. "
"Abang terlajak subuh pagi tu, sedar2 mak ketuk pintu bagitau you dah bersalin malam tu. Tapi di wad, Farina langsung tak nak pandang abang, and you were so cold towards me since then."
Aku betul2 terkejut. Aku tak sangka aku telah berburuk sangka pada suamiku selama ini. Aku ingat ingat lupa dia ada cakap sesuatu tentang guard malam itu, tapi aku sudah terlalu sakit hati jadi aku memang tutup telingaku dari mendengar penjelasannya, dan mataku dari memandangnya.
Ya Allah. Aku wajib minta ampun kepada Fizd. Aku takut terjadi sesuatu yang tak diingini semasa melahirkan nanti dan aku tak sempat bertaubat.
Aku menelefonnya serta-merta.
"Abang, ampunkan Farina. Saya banyak dosa pada abang. I am really sorry, I was wrong about you. "
"Abang dah maafkan. I will always forgive you, and I hope you'll do the same."
"Farina, abang nak berubah. I'm still learning. Abang nak kita sama2 berubah. You tu, susah sangat nak luahkan perasaan pada abang. You can do it everyday, I don't mind."
Suara Fizd tiba2 jadi romantis, suara yang pernah suatu masa dulu aku rindukan.
"Farina, do you love me?"
"Yes I do." Akhirnya aku mengaku aku masih sayangkan dia.
"Close your eyes and think about me. Tell me. I want to hear you say it."
"Fizd, I really love you", aku terlalu malu bercampur sedih selepas melafazkannya, tapi aku benar2 maksudkannya.
"Ya Allah, .. this is my dream comes true, I've been waiting forever for this moment. I love you too Farina, always."
"Check your email. Abang hantar satu lagu just for you. I really love you Farina. I always do."
Aku buka email. Fizd hantar lirik lagu Lady dari Kenny Rodgers. Aku tak pernah dengar lagu itu, tapi liriknya benar2 menyentuh perasaanku dan aku terasa jatuh cinta sekali lagi pada suamiku.
Aku mencari lagu Lady di internet. Mujurlah ada yang berkongsi MP3 di laman mereka. Mendengarnya membuatku jadi rindu yang teramat sangat pada suamiku. Ya Allah temukanlah aku dan suamiku, lindungilah dia yang jauh di negara orang.
Patutlah buku2 panduan perkahwinan dan orang tua2 selalu berpesan, 5 tahun pertama perkahwinan adalah yang paling mencabar dan suami isteri perlu banyak bersabar. Bersabar, belajar, berkomunikasi, berbaik sangka, dan terima kelemahan pasangan.
