Rabu, 9 September 2020

Bab 24: Mimpi Bercinta Dengan Suami

Malam itu juga aku bermimpi.  Mimpikan suamiku sendiri.  Itulah satu-satunya mimpi aku bersamanya sejak dia melamar hinggalah kini, dah mengandung anak kedua.

Mimpi itu bermula denganku yang masih remaja, sedang berjalan seorang diri di sebuah taman yang indah. Dipenuhi bunga2 mewangi.


Tiba2 muncul suamiku yang masih muda remaja sepertiku juga.  Kami sama-sama saling merindui.  Saling bercinta dan berkasih-sayang, berpimpin tangan, kejar mengejar seperti seperti di alam kayangan.

Tersedar dari mimpi, aku  terasa rindu yang menggunung kepada suamiku.  Aku tak dapat melupakannya dari ingatanku.  Sekiranya ada kepak dibadanku, ketika ini juga aku ingin terbang ke pangkuannya. 

Dear diary  ... ku ingin bercerita. 
Semalam aku bermimpi ...


Mimpi itu seperti hadiah untuk diriku yang selama ini berangan2 berjalan di taman yang indah bersama suami, tetapi belum pernah tercapai.  

Aku berazam di dalam hati, untuk menjadi isteri yang sebaik-baiknya untuk suamiku, melayannya seikhlas hatiku. Kerana aku percaya jodoh kami masih ada.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tarikh jangkaan bersalin sudah dilepasi.  Emak terus tinggal bersama untuk menjagaku dan Faris.  Abah pun stanby aje di rumahnya.  Nombor telefon  teksi, ambulan, klinik dan hospital semua dah kutampal besar2 di sebelah gagang telefon.

Fizd menelefonku setiap hari, pagi dan malam.  Dia risaukan keadaanku.  Aku memintanya fokus pada ujian akhir kelas.  Tinggal satu paper sahaja lagi.

Lepas seminggu, barulah ada tanda2 sakit kontraksi rahim sejam sekali.  Ini anak kedua, mungkin  tak lama lagi waktunya.  Fizd tidak menelefonku sejak malam semalam.   Pagi ini pun dia belum menghubungiku.  

Petang itu kontraksi sudah 5 minit sekali.  Aku hubungi talian rumah kami di Berlin, tiada siapa yang angkat.  Fizd di makmal agaknya, sibuk betul dia hari ini.  Aku terus bergerak ke hospital.  

Hanya dua jam sahaja selepas mendaftar masuk, aku telah selamat melahirkan anak kedua kami.  Segalanya dipermudahkan.  Melalui pengalaman dan pembacaan, aku dapat meneran bayi dengan cara yang betul tanpa sebarang guntingan atau koyakan.  

Nurse menyorong aku dan bayi ke wad kelas pertama, hanya aku seorang di bilik yang menempatkan dua katil.  

Tak lama terdengar suara Faris di luar pintu. Aku tersenyum, teruja menanti mereka.  Bila pintu terbuka sahaja, Faris berlari menerpaku.  Aku terus mengambilnya duduk di ribaku. 

Susuk kedua yang masuk seorang lelaki, tetapi bukan abah.  Fizd rupanya !!!

"Abang? Macamana boleh ada di sini? Bila abang sampai?"

"Mana dia si comel ayah? Rupa nenek Cina dialah! "  Fizd mencuit dan mencium pipi bayi kami di dalam bassinet, kemudian mengangkat dan terus mengiqamatkannya.  Ya Allah, aku benar2 rindukan suaranya itu yang dulu selalu kudengar bila kami berjemaah bersama.

Aku mencium tangan Fizd, dia terus memeluk dan mencium dahi dan pipiku.  Airmataku tak dapat ditahan terus bercucuran keluar.  Tiada kata2 lagi, hanya airmata dan pelukan untuk melepaskan rindu selepas 3  bulan. 

"Mak dan abah dah balik rumah you nak ambik barang.  Tunggu abah sampai dulu.  Lepas ni kita terus ke kampung, abang dah sewa kereta."

Di kampung, dia melayanku sepenuhnya, cuba memenuhi setiap permintaanku. Malah setiap hari dia yang mengurut seluruh badanku. 

Dia sering bertanyakan keadaanku, adakah sudah ok atau masih sakit lagi.  Aku bersyukur dengan perubahan  Fizd dan rahmat kasih sayangNya pada kami sekeluarga.

Fizd memberitahuku kenapa dia pulang walau tak pernah dirancang.  Minggu ini sepatutnya dia ada temuduga kelayakan untuk meneruskan PhDnya.  

Fizd terlalu tertekan kerana mahu bersamaku disaat seperti ini.  Sudahlah dia tiada juga ketika anak pertama dilahirkan.  Dua hari lepas, Fizd diserang migrain yang tidak pernah dirasainya sebelum ini. 

Supervisor terus memberikannya cuti dua minggu untuk bersamaku.  Temuduga kelayakan ditangguhkan 3 minggu lagi.  Sebaik mendapat pelepasan petang semalam, Fizd terus bertolak ke lapangan terbang.  Patutlah aku tak dapat menghubunginya di rumah.

"Sekarang baru abang tahu macammana sakitnya migrain", itulah yang sering diulang padaku.
 
Aku belajar dari semua ini, jangan putus asa dari rahmat Allah.  Sentiasa berdoa dan mengadu padaNya.  Allah Maha Mendengar segalanya.  

Jika ada masalah, luahkan, jangan pendam, kerana ia boleh berkumpul menjadi racun dalam perkahwinan.  Jika suami berusaha  buat sesuatu, puji dan hargai dia, sebagaimana isteri juga suka dipuji dan dihargai.

Cintai suami bukan melalui perbuatan sahaja, dia juga ada perasaan ingin mendengar kata2 cinta itu dari mulut seorang isteri.  Jangan sehingga dia mendengar kata cinta itu keluar dari mulut perempuan lain.  Ucapkanlah sebelum terlambat,  sebelum salah seorang pergi tak kembali. 

Aku tahu, pasti akan ada cubaan dan ujian sepanjang perkahwinan ini nanti, terutama Fizd yang pastinya akan lebih diminati bila usianya semakin matang dengan karier yang semakin mantap.  Aku yang memilih dia, aku sedar risikonya.  



Tiada ulasan:

Catat Ulasan