Aku dan Fizd akhirnya janji untuk berjumpa, terpaksa, sebab aku nak serahkan cincin tunang tu pada dia. Kami berjanji bertemu di luar pejabat Fizd, selepas waktu ofis. Semasa aku ke sana, dari jauh aku ternampak kelibat seorang lelaki sedang berdiri sendirian.
Aku tak pasti adakah itu dia sebab nampak sangat lain dari yang ku ingat 2-3 tahun lepas, sewaktu kami sama-sama berkursus. Satu lagi aku tak pernah tengok muka Fizd betul-betul pun sebelum ni, tengok dari jauh je.
Dari jauh, benda pertama yang terlintas difikiranku ialah, alamak sapa lelaki tu? Fidz yang ku ingat kurus tinggi seperti pelajar kolej sahaja. Tapi lelaki itu nampak besar, bidang dan boroi. Adakah aku dah salah orang? Adakah aku dah buat silap terima lamaran tanpa usul periksa?
Aku terus teringat mimpi2 dulu, lelaki seperti itulah yang muncul dalam semua mimpi anehku. Tak mungkin, 2 tahun lepas dia slim melim, macammana boleh jadi besar macam bapa orang ni???? Mungkin ini Fizd lain!
Fizd yang menegurku dulu, jadi betullah lelaki itu bakal tunangku. Aku tunduk aje, angkat muka masa serahkan cincin. Terkedu tengok dia tengah senyum pandang aku, cepat-cepat aku tunduk balik.
Masa itulah baru aku perasan, badan dia yang aku ingat besar boroi tu sebenarnya baju kerja yang dah selebeh separuh terkeluar dari pinggang, kembung bila ditiup angin petang. Bahu Fizd pula dah jadi sangat bidang dan berisi berbanding dulu, jadi tambah dengan baju gelembung, terus nampak macam badan bapak-bapak. Badan rugby player mungkin lebih tepat lagi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selepas pertemuan tempohari kami belum berhubung lagi. Fidz terus balik ke kampungnya di Kuala Kangsar nak uruskan hal pertunangan. Aku pun balik ke kampungku di Bagan Serai.
Kami bertunang pada hari Ahad, 3 Jun 1990. Nampaknya Fizd tak mungkir janji, hantar rombongan meminang terus. Dia tak ikut rombongan meminang, amalan ketika itu. Aku pun tak pasti sejak bila amalan lelaki ikut sekali siap bersanding semasa bertunang.
Malam selepas majlis pertunangan, barulah Fizd telefon, "I ingatkan you tinggi".
Fizd dah terlupa agaknya 2-3 tahun dulu dia pernah berjalan di sebelah aku. Duhh mestilah dia tak ingat, dia dah berjalan beraama beratus perempuan. Bagi aku pula yang cuba elakkan dari berjalan di sebelah lelaki, peristiwa itu memang kekal dalam ingatan.
"How come?"
"Mungkin you nampak tinggi dari jauh. Dah dekat, cenonit je rupanya... ".
"I thought you gemuk".
Dia dah tersentap,"ehh mana ada."
"Bila tengok betul-betul, macho rupanya hahahaha".
"You jangan cabar I, nanti I exercise lebih sikit bagi lagi macho."
"Pahlawan kena la macho, kalau tak macammana nak jaga tuan puteri!" ceh dah pandai bersenda-gurau juga aku yang skema ni rupanya.
"You pakai tak cincin tunang tu?"
"Mesti la pakai."
"Jaga betul-betul, itu tanda ikatan kita tau."
Aku takkan cerita mimpi anehku pada dia.
Fizd masih berusaha mengajak aku keluar dating bersama. Aku menolak, lagipun kami dah berjumpa sebelum bertunang tempohari. Cukuplah. Aku ingin merasa manisnya keluar bersama selepas bernikah, bukan sebelum.
Akhirnya Fizd mengalah. Tetapi dia akan ke rumahku di Bagan Serai hariraya Aidil Adha nanti. Sebulan selepas majlis pertunangan kami. Dia ingin berjumpa ibubapaku.
"Farina, make sure you pun ada sekali. I nak jumpa you. I really want to see you."

Tiada ulasan:
Catat Ulasan