Fizd minta aku uruskan tentang kursus nikah, cari tempat dan masa yang sesuai. Bila dah dapat, aku call office dia. Engaged. Aku tekan butang call waiting, tunggu dalam setengah jam, tiba-tiba telefon aku berbunyi. Fizd dalam talian.
"I tengah buat kerja tadi", Fizd bagitau.
"Ohhh ... ", aku menjawab, walaupun aku tau dia tipu.
Fizd cepat2 mengesan kesilapannya. "Sorry, sorry I tengah bercakap dengan someone tadi".
"Emmm ", nada suaraku macam malas nak tanya lebih-lebih.
"She's my ex."
Aku diam aje.
"Actually before you, makcik I dah matchkan I dengan this girl. Kami baru je kenal2 each other, I belum commit apa2 yang serius dengan dia."
Rupa-rupanya dia juga ada mengenali seseorang untuk tujuan perkahwinan. Masih dalam proses mengenali satu sama lain, macam pernah ku dengar. Kalau bukan aku yang bagi ultimatum masuk meminang, pastilah kami masih dalam proses 'mengenali satu sama lain'. Apa bezanya aku dan wanita itu?
"I dah putuskan hubungan kami. Lama tadi sebab I nak terangkan hal sebenar kat dia."
Jadi aku dan wanita itu dalam posisi yang sama pada masa yang sama! Semasa dia mengenali aku, dia masih lagj bersama wanita itu? Maknanya Fizd mahu berkawan dengan aku dan wanita2 lain juga, tanpa putus pun sebelum ini!
Aku mati2 ingat dia dah tinggalkan semua ex bila dia ambik keputusan pilih aku....
Jadi betullah syarat aku tu, bertunang atau back out. Kalau tidak, aku pasti jadi salah seorang sahaja dari mereka! Berapa ramai bakal ex yang dia ada sekarang? Tapi aku diam sahaja kerana tak mahu mulakan pergaduhan.
Aku terus bagitau tujuan aku telefon dia. Aku langsung tak tanya apa-apa pasal ex dia. Walaupun aku agak terkilan ....
Malam tu Fizd call aku. Katanya dia ada masalah besar. Dia dah bagitau semua ex tentang status dia sekarang kecuali seorang lagi. Gadis tu ada di Adelaie sekarang, masih belajar lagi.
"Kenapa masih tak bagitau?" nada suaraku memang dah bosan habis.
"I tak sanggup nak cakap. Sebab dulu I pernah janji nak ambik dia jadi wife."
"So now what?"
"I takut dia bunuh diri".
"Why?" Sebenarnya aku nak cakap bullshit!
"Sebab dia pernah cakap macam tu kat I. Kalau I tinggalkan dia, dia nak bunuh diri."
"You kena cakap jugak!"
"I nak diam-diam je tak contact dia. Kalau dia call, I tak jawab. Lama-lama nanti tentu dia bosan atau faham sendiri".
"I nak diam-diam je tak contact dia. Kalau dia call, I tak jawab. Lama-lama nanti tentu dia bosan atau faham sendiri".
Aza pernah bagitau aku, cara itu dah biasa Fizd gunakan. Semua gf cuma diberi satu nombor extension sahaja iaitu no telefon di kaunter jabatan. Semua staf di situ kawan2 baik dia yang akan berpakat untuk cover kalau dia tak nak jawab panggilan.
Begitulah cara dia tinggalkan gf berkebaya ketat itu. Setelah berjaya dating sekali, dia terus tak jawap panggilan gadis itu lagi sehingga gadis itu yang faham sendiri. Katanya karakter gadis itu tak menepati citarasanya.
"Jangan buat macam itulah. Itu aniaya namanya. Be a man will you?"
"I couldn't".
"I tak suka apa yang you buat ni. If you later on meet someone else, you must tell me immediately. I tak nak jadi macam tu. I will leave you the moment I know you ada orang lain. I will move on with my life, with or without you."
Aku rasa inilah frasa paling panjang aku pernah bagi kat dia.
Aku tak tau apa perkembangan hubungan mereka, dan aku tak pernah lagi bertanya Fizd tentang gadis tu.
Oh dia pernah berjanji dengan orang lain dan dah mungkiri, mungkin dia boleh lakukan yang sama pada aku. Kenapa aku tak fikir macam ni masak-masak dulu? Perkara sudah berlalu. Jadikan pengajaran.
Aku tak tau apa perkembangan hubungan mereka, dan aku tak pernah lagi bertanya Fizd tentang gadis tu.
Oh dia pernah berjanji dengan orang lain dan dah mungkiri, mungkin dia boleh lakukan yang sama pada aku. Kenapa aku tak fikir macam ni masak-masak dulu? Perkara sudah berlalu. Jadikan pengajaran.
Aku ingat kisah dia dulu-dulu semua kes main-main, tak serius sampai bincang nak kawin. Sebab itulah apa yang dia beritahu semasa mula2 approach aku dulu. Fizd tak jujur pada aku.
Rupa-rupanya sikap Fizd yang cuba lari dan mengelak dari berdepan dengan kenyataan ni akan aku temui sepanjang kehidupan kami selepas ini.
Rupa-rupanya sikap Fizd yang cuba lari dan mengelak dari berdepan dengan kenyataan ni akan aku temui sepanjang kehidupan kami selepas ini.
