Memaparkan catatan dengan label 22 Serang Suami. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 22 Serang Suami. Papar semua catatan

Rabu, 9 September 2020

Bab 22: Mengamuk dan Serang Suami?

Fidz pulang ketika waktu solat baru saja masuk.  Tak sempat aku nak menyerangnya, kami sudah berjemaah kerana aku sudah bersedia untuk solat ketika itu.  Selepas berdoa, aku berat hati untuk bersalam dengannya.  Aku rasa jijik dengan sifat buaya Fidz yang masih belum hilang lagi rupanya.  Hipokrit!

Bila Fidz menghulurkan tangan untuk bersalam, aku membatukan diri.  Dia nampak kehairanan. Sebelum ini, walau teruk manapun kami bergaduh atau tidak bercakap, bila tiba waktu solat, aku tetap berjemaah dan mencium tangannya.

Aku  telah bersedia untuk menyerang  dan menghamburkan segala-galanya pada saat  dia membuka mulut bertanya.   

"Kenapa tak salam abang?"

Tetapi malangnya segala rancanganku gagal.  Bila Fizd bertanya sahaja, airmataku meluru keluar.  Mungkin terlalu terharu bercampur rindu mendengar suaranya yang lembut ditelingaku.  Ya sudah terlalu  lama aku tak dengar nada seperti itu.

Lalu aku luahkan segala-gala yang  terbuku di hatiku.  Termasuk interaksi Fizd dan gadis USM itu.  Layanan Fizd sepanjang aku mengandung dan melahirkan anak pertama, sehinggalah mengandung anak kedua pula. Tetapi luahanku dalam linangan airmata.  Aku benar2 mahu mengamuk dan menyerangnya tapi ini pula yang terjadi!

"Fizd, if you're not happy with me ... and you've found someone you really like, just let me know. I will go.  I'm not going to stop you."

Tapi terkeluar juga akhirnya rasa hatiku yang sebenar.

"Sampai hati abang, kita baru je kawin ....".

Aku telah bersedia untuk menerima kata2 sinis bercampur sindiran seperti yang biasa terjadi bila aku mengadu sakit atau penat.  Tetapi tanpa disangka2, Fidz terus  menyembamkan wajahnya di atas ribaanku. 

"Farina, I'm really sorry.  I've hurt you a lot."

Aku tolak badan Fizd perlahan, bangun dari atas sejadah dan duduk di birai katil.  Fizd mengikut dan duduk di sebelahku.  Fizd tatap wajahku lama, tapi aku tunduk sahaja. Aku masih tak dapat membaca isihatinya, samada jujur atau berpura-pura.

"Farina, I masih sayangkan you.  I still want to be with you.  ....  bagi abang peluang sekali lagi, I will change I promise."

Aku diam.  Itulah janjinya sebelum aku menerimanya dulu, dia  mahu berubah.  Aku percaya ketika itu.  Patutkah aku percaya sekarang?  

"There's no one else, you're the only one. She was just a friend to me.   Someone to talk to about my studies, since you and I were not on speaking term for so long.  I couldn't share my worries and fear with you when you keep saying you were tired and in pain."

Perempuan itu cuma kawan?  Kawan yang boleh berbalas2 perasaan maksudnya?  Apa gunanya seorang isteri?

"I've been really tired and in pain all these times, I wasn't pretending!" aku pertahankan diriku.

"I'm sorry.  I  wasn't paying attention to you.   I .. pening pasal study,  and all those online things.  I cuma nak rehatkan otak.  Itu je."

Tak guna aku bahas lagi, dia tak rasa bersalah langsung berbalas2 email dengan perempuan lain.  Cuma pandangan kosong ku hala ke luar rumah.  Melihat sepasang burung riang berkicau di atas pohon crab apple yang dipenuhi bunga2 merah jambu.  Alangkah bahagianya mereka.

Anakku bingung melihat kejadian di depan matanya, dia memanggil aku berulangkali, mungkin dia takut.

Aku angkat Faris keriba, peluk dan cium kepalanya.  Bau bayi yang masih kuat di ubun-ubunnya menenangkan aku.  Itulah yang biasa kulakukan setiap kali aku merasa sedih atau kesunyian.  Dialah jantung dan  jiwaku selama ini.  




Suami  memeluk kami berdua rapat2 ketubuhnya. Dia turut mencium kepala Faris. 

"Ayah minta maaf  sayang.  Ayah  banyak buat salah pada umi dan Faris.  Maafkan ayah.  Maafkan abang, Farina."

"Abang tau abang salah, abang akan blok email tu, abang takkan teruskan lagi.  If it hurts your feelings, I will stop."

Aku masih berdiam diri.  Lelaki bila dah terkantoi,  otaknya sangat laju mencipta alasan dan bibir terlalu mudah memohon maaf.  Aku cuma ingin pergi jauh darinya menenangkan diriku,  dan berfikir semula tentang hubungan kami.

"Abang, izinkan saya balik Malaysia bersama Faris."

"Eh kenapa nak balik, kan tak sampai setahun kita di sini?  Lagipun you mengandung, takut jadi apa2 dalam perjalanan."

"I really need to be away from you, I need time to think about us."

"No, abang tak izinkan."

"Kenapa?"

"Lebih banyak buruk dari baik.  Apa orang akan cakap nanti.  Suami biarkan isteri pregnant balik seorang diri,  bawa anak kecil pula tu."

"Kalau betul you nak balik, abang akan temankan. Tapi bukan sekarang.  Abang ada banyak kelas, banyak kerja,  abang tak boleh tinggal saja2."

Fizd tak faham agaknya, aku bukannya nak balik.  Aku nak pergi jauh dari dia!  Think Farina, think!  Apa alasan paling logik nak bagi dia.  Aku perlukan masa, perlukan ruang untuk jauh dari dia!  God, I really need it!

"Izinkan saya balik untuk bersalin di Malaysia. Mungkin lebih baik saya di sana, ada yang jaga. Lagipun saya selalu sakit, siapa nak jaga Faris? Sedangkan  diri sendiri pun saya tak terjaga."

"I will take care both  of you.   Kalau you nak pembantu, kita boleh bawa dari Malaysia."

Hah!  Dari apa yang kulihat selama ini, gadis2 tepi jalan tergedik2 depan Fizd pun dia dah longlai dan melayan.   Apatah lagi kalau tinggal 24 jam bersama di rumah.  Silap2 pembantu itu bakal  jadi no 2, aku pula  terbalik jadi babu.

"No Fizd, I really need to be away from you.  Both of us need to be away from each other.   Give ourselves time to think, to reflect, to decide  .... what's next. "

"I know exactly what I want,  Farina.   Our family, our children, you.    I don't want to lose you.   I need you.  Please stay."

Suara Fizd yang rendah merayu mungkin boleh melemahkanku semalam, semasa aku benar2 mengharap perhatiannya.   Tapi tidak hari ini.  Aku sudah nekad untuk pergi jauh.  Ya mungkin dia akan berubah seketika,   tapi berapa lama?  Aku sudah nampak karakternya,  cepat bosan dan mahukan sesuatu yang baru.  Bolehkah aku bertahan dalam rumahtangga seperti itu?