Akhirnya kami dapat mencari tarikh untuk berbulan madu, dua bulan selepas bernikah. Fizd cadangkan Bandung dan aku yang uruskan semuanya. Kami pergi ke sana selama 5 hari, pergi dengan pakej percutian.
Pakej itu rupanya berkongsi satu bas dengan pelancong lain dari Malaysia juga. Ini pertama kali aku ke luar negara bukan kerana kerja, biasanya semua telah siap diuruskan. Jadi aku telah tersalah pilih pakej percutian yang sesuai.
Ada beberapa perkara yang aku rasa sedih sangat ketika itu, terutama kegedikan gadis2 muda yang turut serta dalam pakej lawatan ke sana. Cara mereka memandang dan berinteraksi manja dengan Fizd menyakitkan hatiku. Fizd pula melayan dan macam senang dengan perhatian dari mereka. Fizd sudah lupa janji2nya untuk mengubah hidupnya dan memulakan hidup baru.
Sebenarnya itu bukan pula kejadian pertama. Aku sudah selalu menyaksikan gadis2 tergedik2 semasa bercakap atau berhadapan dengan Fidz. Sedangkan mereka nampak aku ada bersamanya. Adakah mereka mengangap aku bibik atau kakak Fiz sahaja? Tetapi kali ini ia lebih menyakitkan kerana gadis2 itu sentiasa bersama kami sepanjang percutian.
Sebenarnya itu bukan pula kejadian pertama. Aku sudah selalu menyaksikan gadis2 tergedik2 semasa bercakap atau berhadapan dengan Fidz. Sedangkan mereka nampak aku ada bersamanya. Adakah mereka mengangap aku bibik atau kakak Fiz sahaja? Tetapi kali ini ia lebih menyakitkan kerana gadis2 itu sentiasa bersama kami sepanjang percutian.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sekian lama tinggal berasingan, kami dapat pergi ke kem di Pulau Pangkor selama dua minggu bersama-sama. Seluruh peserta tahu aku dan Fizd suami isteri, dan aku sedang mengandung 5 bulan anak pertama.
Seperti dulu juga, aku tak dapat bersama mereka mengikuti aktiviti lasak dan menyeronokkan. Jadi aku gunakan masa itu untuk berjalan perlahan-lahan menyusuri denai dan pantai.
Kami dibahagikan kepada kumpulan2 kecil bercampur lelaki perempuan, dan ahli2 kumpulan akan duduk bersama sepanjang masa. Tapi aku dan Fizd dalam kumpulan yang berbeza.
Aku terlalu merindui Fizd, kerana kami masih tak dapat tinggal bersama lagi, dia di kem sesama lelaki, aku sesama wanita. Jadi waktu di kelas, aku selalu curi2 memandangnya.
Aku terlalu merindui Fizd, kerana kami masih tak dapat tinggal bersama lagi, dia di kem sesama lelaki, aku sesama wanita. Jadi waktu di kelas, aku selalu curi2 memandangnya.
Aku sedar, seorang ahli kumpulannya asyik memandang Fizd tak lepas-lepas, disamping suka sangat bertanya soalan dan berbincang berdua dengannya. Aku cuba memujuk hati sendiri, menahan diri dari menoleh ke arah mereka.
Aku dan Fizd akhirnya dapat duduk berdekatan di akhir kem. Gadis itu yang duduk di hadapan kelas, tak dapat fokus dengan facilitator yang sedang berceramah. Sekejap2 dia akan menoleh ke belakang. Bila mata kami bertemu, aku terus tersenyum, tapi dia seolah tak nampak senyumanku.
Sebaliknya matanya terus memandang Fizd sambil melemparkan senyuman manis padanya. Aku cuba menarik nafas panjang menahan sabar, tapi sempat pula membayangkan, aku sedang bangun sambil menarik rambut dan mencakar muka gadis itu sekuat-kuatnya!!!!! Gatal! Gedik! Laki orang pun nak goda!
Tidak ... ini bukan salah Fizd, dia tak tahu apa2, bukan dia yang menggoda gadis itu. Di hadapan mataku, dia nampak serius dan profesional terhadap gadis itu. Aku yakin suamiku masih setia padaku.
_________________________________________
Tetapi akhirnya aku kalah juga dengan perasaanku. Peristiwa hari raya pertama di rumah mami Zue betul2 mengguris hati. Mami Zue memang pandai masak dan Fizd beritahu rumah mamilah tempat pertama mereka tuju setiap hariraya. Mereka rindukan masakan tradisinya. Lagipun semua adik-beradik bapa mertua dan saudara-mara akan 'balik kampung' di situ.
Ketika kami tiba, kelihatan mami sedang melayan satu keluarga yang belum kukenali di ruang makan. Melihat kami datang, seorang wanita tua cepat2 menyapa Fizd dan mereka terus berborak panjang. Fizd langsung melupakan aku yang masih malu2 dan belum kenal sesiapa di situ.
"Makanla Farina," mami Zue mempelawa. Aku tersenyum dan terus mengisi pinggan dengan lauk- pauk raya yang menyelerakan. Fizd masih tak berhenti berborak sambil mencubit sedikit pulut kuning di tengah2 hidangan. Aku ingin mengambilkan lauk untuknya tetapi dia memberi syarat nanti dengan tangannya.
Aku sudah menerima hakikat, Fizd dan saudara-maranya sangat peramah dan ada sahaja benda yang mahu dibualkan. Mami Zue pula tak berhenti2 bertanyakan kandunganku sehingga kepada soal2 remeh dan ku anggap peribadi. Tiba2 suara Fizd menarik perhatianku.
"Nurida mana mami, dia tak ikut balik kampung ke?
"Entah, tengok arnab di belakang rumah agaknya."
Fizd cepat2 bangkit keluar dari dapur sambil mengomel sendiri, "budak tu tak habis2 dengan arnab... dari dulu."
Aku meliriknya dengan ekor mata. Takkan nak ikut, pinggan pun masih penuh makanan.
Duapuluh minit berlalu. Busu yang baru datang terus bertanya, "Farina pun ada. Mana Fizd?"
Aku rasa tak sedap hati. Aku tak dapat fokus dengan makanan atau sedara-mara yang berpusu2 datang berziarah. Senyap2 aku keluar menuju ke kandang arnab di belakang rumah. Tiada sesiapa di situ.
Mungkin di ruang depan agaknya, di situ ada ramai juga saudara-mara berkumpul. Aku berjalan di sisi rumah menuju halaman, lalu ternampak seorang gadis berambut blonde sedang duduk di buaian. Fizd berdiri di hadapannya, membelakangiku. Jika dia bukan suamiku, pasti aku akan terfikir, "wah sweetnya couple ni."
Aku mahu berfikiran positif, mungkin cucu mami, atau sepupu Fizd yang belum pernah ku jumpa.
"Assalamualaikum. Saya Farina. Busu dengan Pakngah dah sampai. Jomla makan sekali."
"Apa khabar kak Farina? Saya Nurida anak Makwa, pupu dua kali Fizd. Akak dah jumpa mak saya kot yang tengah borak dengan mami kat dapur tadi."
"You pergilah makan dulu. I datang kejap lagi." Selamba Fizd menolak ajakanku sambil matanya tetap memandang gadis blonde di hadapannya.
Entah apa yang dipandangnya, mungkin pinggang yang ramping atau bajunya yang ketat. Tiba2 timbul rasa sedih pilu dengan diriku sendiri. Sudahlah tak cantik, perut pula buncit ke depan. Suami sendiri pun tak mahu pandang.
Aku terus melangkah meninggalkan mereka. Merajuk. Berharap Fizd cepat2 mengekori tetapi dia tetap tak berganjak.
Mataku mula berair merah. Aku mahu bersendirian dan terus ke sinki membasuh semua pinggan mangkuk kotor. Aku rasa selamat di situ, tiada siapa menghiraukan aku. Fizd cepatlah datang pujuk. Tapi sehingga habis semua pinggan kubersihkan, dia masih tidak kelihatan. Sampainya hatimu Fizd. Dia langsung tidak menjaga hatiku.
_________________________________________
Semasa berseorangan, aku terfikir sendiri, kenapa Fizd memilih aku? Kenapa cari isteri tak cantik dan bertudung labuh? Mengapa tak kawin aje dengan salah seorang gadis cantik dan seksi yang memang taste dia. Mengapa aku terpedaya dengan janjinya yang sudah berubah? Atau mahu berubah?
Aku banyak mengalirkan airmata ketika ini. Aku banyak mengadu pada baby, bercakap dengannya sepanjang masa. Apa-apapun aktiviti yang kubuat, apa perasaanku ketika itu, semuanya kuceritakan pada baby di dalam perut ibunya.
Kini baru aku mengerti perasaan isteri2 yang sakit hati bila suami2 mereka memberi perhatian padaku semasa aku bujang dahulu. Padahal aku langsung tidak tergedik2 pada suami mereka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan