Hari berikutnya, aku menerima satu panggilan. Farid rupanya.
"Sayalah sebenarnya yang nak kenal awak lebih rapat lagi. Farid tu nama samaran je."
Ada lagi orang buat style macam ni? Aku ingat dalam cerita P. Ramlee je.
"Oh .... jadi awak ni sapa sebenarnya?"
"You know me."
"Department?"
"Biotechnology."
Jabatan dimana Azah berada. Hampir semua staf disitu ku kenal, berkat mulut Azah yang rajin bercerita. Tapi itu kisah dua hingga tiga tahun lalu, semasa kami masih rakan serumah.
Mungkin sekarang dah ada perubahan? Tak pasti sapa lelaki yang dulunya bujang, dan sekarang masih bujang? Ramai yang dah kawin ... Fizd kot, tak dengar pun berita dia dah kawin. Sibuk mencari nama, terlupa sebentar tujuan aku dihubungi.
"Fizd?"
"Fizd?"
"Ya."
Aku terus terkaku. Ye aku memang sebut Fizd sebab nama dia je yang keluar dari otak aku. Tapi entah kenapa aku terllu yakin itu orang lain, mungkin seseorang yang aku dah lupa nama atau tak berapa kenal sangat. Fizd orang terakhir, atau memang tak masuk langsung pun dalam senarai itu.
Aku jadi malu sendiri. Aku tak tau pasal apa. Aku cuma malu giler!!! Oh tidak, aku melayan budak tak matang rupanya dari semalam .... serius pulak tu. Terus terbayang dimataku budak tak matang yang sedang berdebat dan mati2 pertahankan pendapat dia yang tak masuk akal pun. Aaaaaa!!!! Oh tidak !!!!!! Malunya !!!!!!!
Kenapa suara dia lain? Langsung tak sama seperti yang ku ingat 3 tahun dulu, semasa dia syok berdebat dan lantang bersuara dalam kursus yang kami ikuti. Dulu suara dia masih seperti remaja awal 20an, tapi sekarang seperti lelaki dewasa 30an, sehingga aku benar2 percaya dia seorang 'senior'.
"Tapi awak tak kenal saya?"
"Orang kata don't judge the book by its cover. But I judge you from your appearance."
"Sometimes appearance hides the truth."
"I know. But I really like what I see in you."
"Bukan awak suka orang macam Syakila ke?" Syakila tu gadis ayu dan seksi berkebaya yang jadi rebutan, girlfriend Fizd la.
"Itu dulu."
"Sekarang kenapa?"
"Sekarang dah memang nak kawin, nak cari isteri. Someone like you".
Hah....isteri ... terus sebut pasal kawin, isteri .... cepatnya! Ok aku faham dia dah nak kawin, nak cari isteri. Nak cari yang bertudung dan berbaju kurung macam aku la agaknya. Tau pula tak nak yang berkebaya ketat macam gf dia.
But why me? Aku tak cantik, dan aku tau taste Fizd ni, semua ex dia yang pernah ku lihat cantik2 belaka. Lagipun, ramai lagi gadis2 bertudung dan berbaju kurung di luar sana, ustazah pun ramai. Cantik2 pula tu.
Lelaki kalau suka perempuan cantik tapi kahwin perempuan tak cantik, pasti ada muslihat. Mungkin dia ada banyak hutang? Mungkin dia kedekut takut keluar belanja banyak untuk isteri cantik?
Mungkin rahsianya terbongkar dan semua gf dah tinggalkan dia? Hmm tapi kata Azah semua gf tau mereka bukan seorang.
Tidak. Aku tak nak jadi mangsa.... lepas di beri harapan, pastu ditinggalkan bila dia terjumpa yang lagi baik dan cantik.
Mungkin aku akan dijadikan batu loncatan? Sebelum terkena, baik aku berterus-terang.
"Saya tak cantik."
"I'm not looking into a beauty."
"I know your type of girls."
"I dah berubah."
"You're immature!"
"Not anymore. Do you detect any immaturity in me now?"
"You panas baran."
"That's why I need someone like you."
"Saya tak nak kena pukul!"
"Farina, I takkan sentuh you... I mean I takkan jentik you sikit pun."
"But why me? "
"I mimpikan you beberapa kali. Dah dua minggu. Mimpi pertama I buat tak peduli. Masuk mimpi ke empat, I percaya, youlah orangnya ... ".
"You mimpi apa? Mimpi je pun. You can't decide based on that."
"Mimpi I propose you as my wife."
"Soooo ....?"
"You terima."
"In all of them?"
"Tiga mimpi yang pertama. I asked, will you marry me? You answered yes, I want to marry you."
"I masih tak ambil serius tentang mimpi tu. Mungkin mainan tidur. But I started watching you and thinking about you."
Isshhh seram sejuk aku dengar "thinking about you" tu.
"And your last dream?
"Not now Farina. I'll tell you when the time is right.... later."
Dia buat keputusan besar macam ni sebab mimpi? Perlu ke aku terima? Tapi kesemua mimpinya berlaku dalam masa aku berdoa bersungguh2 pada Allah untuk bertemu jodoh. Dan mimpinya seolah2 jawapan kepada doa-doaku.
Aku akui Fizd ada tarikan fizikal, calon boyfriend mungkin.. lepas berseronok, dah bosan boleh tinggalkan. Tapi calon suami .... pasti aku mahukan seseorang yang aku yakin dapat setia bersamaku sepanjang hayat. Aku tak pasti Fizd boleh jadi begitu.
Takkanlah dia boleh berubah sekelip mata tak pandang kecantikan untuk mencari isteri. Takkanlah dia boleh berubah semudah itu! Dan dia tak masuk langsung dalam senarai lelaki impian sebagai calon suamiku.
"I need time to think about this."
Namun jantungku berdegup kencang, dahiku panas, mindaku sedang berperang dengan hatiku untuk menerima hakikat, mungkin dialah jodohku.
Perasaan ini tak sama waktu 'Farid' dan emak menghubungiku untuk memberitahu aku bakal dimatchkan dengan seseorang semalam. Kedua2 cara itu dah terlalu biasa aku lalui sehingga aku tiada rasa apa pun. Excited tidak, benci pun tidak. Seperti mendengar berita perdana pukul 8 malam sahaja.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan