Seperti yang dijanjikan, masa balik kampung beraya tahun tu, emak tunjukkan padaku 2 keping gambar Abdul Hakeem. Satu foto masa dia jadi student, satu lagi lepas bekerja. Dia sebaya aku, engineer . Good looking, bisik hatiku.
Tapi aku langsung tak percaya dia tiada kawan perempuan, teman istimewa. Takut2 setuju sebab nak jaga hati mak sahaja. Aku tak mahu jadi isteri yang dibenci suami. Nanti baru 2 bulan jadi isteri, tiba2 dapat surat persetujuan untuk dipoligamikan. Sebab kekasih hati masih menanti.
Yang paling aku risaukan, dia anak mami. Trauma berjiran dengan mami dulu belum luput lagi. Suaranya ketika marah ohhh. Masa tak marah pun, dengar macam marah. Aku tau aku prejudis. Bukan semua mami begitu, tapi ...
Mak aku pula lembut suaranya .... walau tengah marah sekalipun. Cukup dari airmukanya sahaja. Mak sama seperti aku, berjiwa sensitif. Ye hati aku memang serapuh kaca, kena teriak pun boleh pecah. Macamana aku nak hidup di kalangan mami?
Aku sebenarnya takut dengan apa yang aku rasa. Aku dapat rasakan Fizd lah sebenarnya masa depanku. Tapi aku juga rasa takut ... aku tau dia pilih aku bukan kerana cinta. Dia cuma percaya yang aku jodoh dia. Bolehkah bahagia perkahwinan yang seperti ini?
Lepas habis bercuti, aku dapat panggilan dari Fizd lagi.
"You nak jumpa I tak?"
"Tak". Belum masanya lagi.
"Mungkin berkat doa ayah I."
Hmm aku tak tau nak komen apa. Aku diam je. Elok la dia fikir yang baik-baik aje masa bercakap dengan aku.
"My arwah mom sure berkenan dengan you."
"Kenapa?" Dah takde mak rupanya.
"She is similar to you, the way you dress, your personality."
"Oh." Belum masa untuk aku bercerita hal famili aku. Tapi dah dapat faham sikit kenapa dia pilih aku.
Emak Fizd surirumah, kawin umur muda, beza hampir 20 tahun dari suaminya. Dia sebatang kara kerana tiada sesiapa lagi kecuali suami dan anak2. Kini dia pun sudah tiada.
Ayahnya menguruskan perniagaan runcit, dan berhasrat Fizd menjadi ustaz. Sejak kecil lagi Fizd sudah dihantar ke pondok untuk mencapai hasratnya. Tetapi Fizd ada minatnya sendiri. Fizd mengambil peperiksaan STPM secara persendirian dan dapat keputusan cemerlang.
Fizd beritahu adik-adik perempuannya semua bertudung labuh macam aku juga. Kira boleh masuk famili la. Keluarga Fizd pentingkan solat berjemaah. Tapi kenapa dia boleh kumpul gf ramai2? Tentu dia lebih arif tentang hukum dosa pahala semua tu.
Inilah yang buat aku masih berbelah bahagi antara terima atau tolak dia. Fizd kata dia terleka selepas bebas dari persekitaran agama dan keluarga. Cuma ex gf pertama sahaja, Fizd yang memulakan perkenalan. Tetapi Fizd tak berjaya untuk setia kepada gf itu.
Fizd kata sekarang dia ingin berubah, ingin mulakan hidup baru dan lupakan aktiviti seperti itu. Hmm mudah dikata tapi tak mudah dikota.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nenek akan ke Mekah mengerjakan umrah. Aku balik ke kampung majlis kenduri nenek, dan bertemu dengan emak di situ. Emak dah lama merantau, mengikut abah sebagai anggota polis, dan lepas abah bersara, mereka pulang menetap di kampung nenek.
Emak kata keluarga Abdul Hakeem nak masuk meminang terus. Tak perlu merisik lagi. What?????
"Rina dah cakap tak nak. Mak ... mak tolonglah bagitau makcik tu tak payah datang, nanti Rina tolak je."
"Rina dah cakap tak nak. Mak ... mak tolonglah bagitau makcik tu tak payah datang, nanti Rina tolak je."
"Nak tolak apa lagi, orang dah minta cara baik. Budak tu pun baik. Kerja bagus. Apa yang Rina fikir lagi?"
Melihat aku diam, emak menambah, "keluarga dia nak datang 10 Jun nanti."
Apa alasan aku nak bagi mak. Aku dah ada seseorang? Aikk hari tu baru je kata tak ada.
"Makcik Umi Kalthum tu berkenan sangat kat Rina. Dia nak pergi umrah minggu depan. Katanya nak berdoa depan Kaabah semoga Rina terima pinangan dia."
"Maknya je yang berkenan, anaknya ntah2 tak nak pun", aku memotong.
"Makcik Umi Kalthum tu berkenan sangat kat Rina. Dia nak pergi umrah minggu depan. Katanya nak berdoa depan Kaabah semoga Rina terima pinangan dia."
"Maknya je yang berkenan, anaknya ntah2 tak nak pun", aku memotong.
"Anaknya ikut aje. Dia yang minta maknya carikan. Katanya sibuk sangat, takde masa nak berkawan dengan perempuan."
"Buatlah solat istikharah Rina. Jangan tolak mentah2 macam tu je. Keputusan tu kalau boleh biarlah adil, dah fikir masak-masak, dah minta petunjuk Allah."
"Buatlah solat istikharah Rina. Jangan tolak mentah2 macam tu je. Keputusan tu kalau boleh biarlah adil, dah fikir masak-masak, dah minta petunjuk Allah."

Tiada ulasan:
Catat Ulasan