Setahun kemudian, Fizd menyambung pelajarannya lagi di Berlin. Aku hamil anak kedua pula. Keadaan masih tak berubah, Fizd tetap ego macam dulu. Dia telah kembali kepada dirinya yang asal, yang tidak peduli perasaan orang lain. Apatah lagi sekarang, dia semakin jauh dariku.
Sepanjang mengandung anak kedua, aku mengalami migrain yang teruk. Mungkin terlalu letih dan kurang tidur kerana masih menyusukan anak sulung yang baru berusia setahun.
Aku pernah meminta bantuan Fizd menjaga Faris ketika kepalaku terlalu sakit, tetapi dia memberi alasan ada tugasan yang mesti disiapkan.
"Sakit sikit ... komplen aje yang lebih!", dia memandangku sinis dan terus berlalu.
Aku menahan diri dari menitiskan airmata atau merayu. Aku cuba kuat untuk kedua2 cahaya mataku. Aku hanya mengadu pada Allah, meminta ihsanNya, memohon belas supaya suamiku dilimpah sedikit perasaan simpati buatku.
Masanya banyak di luar rumah, dan kalau di rumah pun dia banyak menghabiskan masa di hadapan computer. Kami hanya bercakap yang perlu sahaja. Aku hanya memikirkan satu perkara sahaja, aku ingin pergi jauh darinya. Aku yakin Fizd sudah tiada perasaan padaku lagi. Aku ingin bercerai dan bawa jauh kedua anakku!
Azamku untuk pergi semakin kuat bila Fizd terkantoi berutus-utus email dengan seorang gadis dari USM. Setiap hari mereka berhubung, setiap emosi, setiap aktiviti hariannya, semuanya Fizd curahkan pada gadis itu. Dadaku rasa pedih tatkala membaca email mereka.
Patutlah dia sudah tidak bercakap denganku lagi. Aku tak menyangka langsung begini akhirnya kisah cinta kami.
Lagu teruskanlah dari Agnes Monica ini benar-benar mengambarkan hidupku ketika ini. Agnes tampal kad harijadi di peti ais, yang tak dilihat langsung oleh suaminya. Aku pula, menghantar kad ucapan anniversary kepada Fizd melalui email, tetapi tidak berbalas dan tiada langsung reaksi darinya.
Aku pecah masuk email Fizd kerana ingin tahu adakah kadku sudah sampai, tetapi lain rupanya yang aku jumpa. Emailku tenggelam dilautan email gadis dari USM itu, dan akhirnya tertinggal jauh di muka belakang... tanpa sempat dibaca.
Selama ini aku bertahan demi kerjaya Fizd dan pengajiannya. Demi anak-anakku. Beberapa tahun sahaja lagi.
Tetapi ketika terjumpa email Fidz bersama gadis itu, aku jadi hilang punca. Aku sangkakan Fizd stress dalam pengajiannya, rupanya sudah ada seseorang yang bermain di mindanya.
Patutkah aku menyerangnya? Soal siasat sehingga puas hatiku dan kemudian paksa dia ceraikan aku? Hancurkan semua peralatan kerjanya? Sabotaj sehingga dia gagal dalam peperiksaannya?
Aku tunggu Fidz pulang hari itu, aku memang sudah sedia untuk menjerit dan memaki hamunnya. Aku sudah terlalu lama bersabar dan mengalah dalam semua keadaan. Aku bukan wanita lemah, aku cuma mengimpikan status isteri solehah. Tapi tidak kali ini. Cukuplah. Aku juga berhak bahagia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan