Rabu, 9 September 2020

Bab 11: Tanjung Bidara

Kami bertolak menaiki van ke Tanjung Bidara, pemandu van, aku, Fizd dan dua peserta lain.  Ada kursus selama 4 hari.  Kami akan bertemu peserta dari cawangan lain juga.

Malam tu semasa sesi mengenalkan diri, pengerusi majlis asyiklah memuji Fizd.  Macam orang Amerika Latin katanya.  Aku dan Fizd duduk agak berjauhan, dan dia mahu aku rahsiakan pertunangan kami.  Dia juga merahsiakannya dari semua rakan2 setugas.

Peserta ke depan bergilir-gilir perkenalkan diri.  Giliran Fizd ke depan, aku tak sabar nak tengok adakah betul dakwaan Encik Zairul itu.

Hmmm ok nampak hensem jugalah.  Kulit Fizd jadi cerah disiram lampu kalimantang berkuasa tinggi.  Boleh jadi artis, bisik hatiku.  Mujurlah bila berada di bawah terik mentari, kulit dia cepat terbakar jadi gelap ....  itu yang kulihat selama ini,  dan aku lebih suka  dia begitu. 


Bila giliranku tiba, encik Zairul kata aku 'saham tinggi'.   Adakah sebab dia ternampak pandangan Fizd padaku?  Fizd memang tak dapat sorok sekiranya dia fokus pada sesuatu, semua orang boleh nampak anak matanya besar bersinar.

Disebabkan aku baru sahaja menjalani pembedahan kecil mengeluarkan gigi geraham bongsu, aku tak dapat bersama peserta lain beriadah di tepi pantai.   Banyak juga aktiviti yang aku terpaksa korbankan, atas nasihat doktor.  Aku cuma dapat bersama mereka masa acara dalam dewan dan masa makan aje.  


Malam tu, encik Zairul makan semeja dengan kami, peserta wanita.  Sebenarnya ada sorang lagi lelaki, Azmey, yang agak lembut, jadi dia lebih selesa bergaul dan makan malam bersama kami.  Semasa waiter menghulurkan bubur nasi yang dikhaskan untukku, tiba2 terdengar suara encik Zairul.

"Baik-baik, ada adik sakit tu".  Tidak, dia bukan bercakap dengan waiter.

Fizd rupanya.  Dia sudah duduk di sebelah encik Zairul.  

"Kenal?"  encik Zairul bertanya pada Fizd sambil memandang aku. Fizd jawab kenal.

"Nama sapa, saya lupalah?" Encik Zairul tiba2 tanya nama aku.

"Farina", dengan bersusah payah aku cuba menyebut nama sendiri.

"Siapa?" 

Aku tenung encik Zairul lama, buat2 tak dengar pula.  Aku tau, dia cuba kenenkan aku dengan Fizd. 

Dia  faham rupanya. "Farina?"
Ha dengar pun.  Aku mengangguk.

Peserta seronok berborak, aku yang senyap kerana terpaksa.  Sekali-sekala aku aku toleh arah Fizd, dan dia membalas pandanganku dengan senyuman manisnya.

Mulutku tak boleh bercakap banyak sebab gusi belakangku masih bengkak dan berdarah selepas dijahit.  Makanpun kena berpantang.  Jadi kebanyakan masa aku tunduk aje cuba menghabiskan bubur nasi yang agak panas itu.

"Makin rapat nampak?"  terdengar suara seseorang didepanku.

Aku angkat muka nak tengok apa yang kecoh tu.  Ada pula yang terbatuk seperti disengajakan.  Aku terpandang Azmey  yang duduk bertentangan denganku di meja bulat itu.  Halamak dia sedang memerhatikan aku dari tadi sambil tersenyum simpul.    

Rupa-rupanya Fizd baru sahaja beralih ke kerusi kosong  di sebelahku.  Patutlah wajah staf2 senior yang semeja denganku nampak teruja semacam.  Mereka seolah2 sedang menyaksikan satu adegan dalam drama Cinta pukul 7 petang di TV3.   Aku terus rasa malu, adakah mereka semua sedang memerhatikan kami?

Semasa pergi meninggalkan meja makan, aku rasa sedih sangat.  Aku teringin nak lebih lama lagi bersama Fizd, tapi tak boleh.  Rakan sebilikku dah ajak balik, dia tak tau apa-apa.  Semua orang pun tak tau apa-apa.  

Sepanjang kursus, aku dapat lihat Fizd  prihatin padaku. Semasa rehat 30  minit menjamah makanan ringan di luar dewan, sekejap2 dia akan menoleh padaku.  Aku tak berselera makan apa2, sekadar seteguk air untuk melancarkan pil tahan sakit yang dibekalkan doktor.

Pernah sekali aku gunakan masa  itu untuk menelefon klinik.  Pondok telefon awam terletak di seberang bangunan sahaja dari tempat mereka  makan.  Aku dapat lihat Fizd melilau ke sana sini mencari aku agaknya. Bila mata kami bertemu,  dia melayangkan senyuman manis untukku.  Aku benar2 dah jatuh hati pada dia.

Bab 10: Bertandang di Aidil Adha

Fizd bagitau dulu2 aku dikenali sebagai gadis berjalan laju serta tak  pandang lelaki.  Katanya setiap kali aku melintas, Fizd dan rakan2 akan mengira berapa saat masa yang telah kuambil.

Aku bukan tak pandang lelaki, aku cuma tak pandang sesetengah lelaki seperti dia.  Aku teringat antara dua hingga tiga tahun dulu, ada dua peristiwa dimana aku mengelak dari memandang kearahnya.

Pertama semasa kami berkursus bersama sebagai persediaan proposal master.   Kami diarahkan ke bilik media untuk buat research.  Sebaik melewati ruangan komputer, aku ternampak Fizd bersama seorang staf  wanita duduk bukan main rapat lagi.  Mataku rasa tercemar dan sakit melihat mereka, Dan cepat2 berlalu dari situ.

Bila Fizd datang ke meja tempat aku dan rakan2 sedang berbincang,  aku tunduk sahaja fokus pada bahan bacaanku.  Sengaja aku tak  ikut mereka berbual kerana masih tak boleh hilang apa yang kulihat sebelum tu.  Tanpa kusedari, Fizd rupanya memerhatikan aku dan  mungkin dari situ datangnya idea karut  'Farina tak pandang lelaki.

Kedua, semasa aku berada di dalam toilet wanita berhampiran cafe, ketika waktu kerja sudah lama tamat.  Yakin kawasan pejabat tu sudah kosong tiada penghuni, aku menyanyi riang sambil membetulkan tudung.  Malah mulut aku masih berdendang lagi semasa aku sedang membuka  pintu toilet utama untuk keluar.  


Ketika itu juga Fizd sedang melintas betul2 dihadapanku!  Aku terhenti melangkah,  tutup semula pintu toilet,  dan tunggu sekejap untuk pastikan Fizd sudah berlalu pergi.  Ketika melangkah keluar,  dia masih ada lagi rupanya! 

Dia sedang berjalan perlahan, sesekali berhenti dan menoleh ke arahku.  Hendak tak hendak, terpaksalah aku teruskan berjalan ke arah yang sama dengannya menuju pondok bas.  Fizd  berhenti melangkah dan tunggu aku untuk jalan beriringan. 

Aku betul2 malu sebab aku yakin dia dah terdengar suara aku tadi.  Aku juga tak selesa untuk berjalan di sebelah lelaki. Seingatku, aku cuma pernah berjalan di sebelah guru di sekolah, dan pensyarah di universiti sahaja, ketika mahu bertanya soalan semasa mereka sedang bergegas tempat lain. 

Jadi semasa jalan bersama itu aku memang fokus  pandang ke depan sahaja dan elak dari tertoleh ke arahnya. Dia mengajak aku berbual, tapi aku cuma komen sepatah2 sahaja semua bualannya. 

"Saya jalan dululah." Aku berbasa basi dan terus melangkah selaju yang boleh untuk meninggalkannya.  Fizd faham agaknya dan membiarkan aku berjalan dahulu. Mujurlah pondok bas masih penuh dengan orang ramai yang mahu pulang ke rumah. Tak dapat kubayangkan jika kami berdua sahaja menunggu di situ.

Patutlah dia yakin betul aku tak pandang lelaki!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari Raya Korban.  Fizd datang berkunjung ke kampungku.  Semasa dia sampai, aku masih berbaju basahan.  Terkocoh-kocoh aku masuk bilik nak tukar baju raya.  Dari dalam bilik, aku terdengar dia bertanya pada mak aku, "Farina masih tidur lagi ke makcik?" Amboi amboi!

Aku duduk berdepan dengan Fizd, sambil dengar dia berborak dengan mak aku.  Abah takde pulak, dia selalu dipanggil untuk sembelih binatang korban.  Menjelang tengahari barulah abah sampai dan sempat makan tengahari bersama.

Pertama kali aku  pandang tepat ke wajahnya.  Anak mata Fizd coklat jernih,  tapi boleh bertukar gelap mengikut keadaan emosi dia masa tu.  Yang pernah kubaca,  fokus pada sesuatu yang jauh, teruja atau takut boleh buatkan anak mata nampak besar dan gelap dari keadaan normal, terutama mereka yang bermata jernih sepertinya. 

Patutlah mata dia yang pertama aku nampak semasa masuk ke cafe bersama Azah dulu.  Bagi majoriti orang Asia yang bermata coklat gelap atau hitam sepertiku,  perubahan warna anak mata tu tak nampak langsung.

Hidung dia mancung dan tinggi, bukan hidung Melayu tipikal.  Muka Fizd kalau dia diam tak bercakap, jenis muka serius dan sombong.  

Muka Fizd berubah jadi manis bila dia senyum.  Aku sukakan senyumannya!

Bapa Fizd  berbangsa India Muslim atau mamak.  Salah silah Fizd dari Penang, tapi datuk dan neneknya dah lama berhijrah ke Kuala Kangsar dan berkampung di situ.  Fizd ada darah mami rupanya!  

Arwah ibu Fizd anak Cina yang  diserahkan kepada pasangan Melayu sejak kecil.  Anak tunggal kepada keluarga angkatnya,  dan tidak kenal saudara-mara kandung.  Fizd adik-beradiklah warisnya yang masih ada. 

Aku pernah bawa emak abah ziarah rumah mereka selepas bertunang tempohari. Ketika itu cuma ayah dan adik2 Fizd sahaja yang ada.  Adik-beradik Fizd muka tak sama, ada yang ikut ayah, ada ikut mak, dan ada yang ambil sana sini sikit.  

Aku nusantara sejati.  Dapat anak nanti, mesti waris aku lagi dominan. 

Bab 8: Bershopping Sakan

Sejak balik dari cuti belajar 6 bulan lepas, sampai sekarang aku dan Fizd belum pernah berjumpa sekalipun.  Terserempak pun tak pernah.   Dah  seminggu sejak aku terima dia.   

Teman2 serumah aku semua jenis tak keluar malam, masa inilah biasanya kami berkumpul menonton tv.   Fizd call lagi.

"Do you have feelings for me?"
 
Aku tak tau nak cakap apa.  Aku malu sebenarnya.  Aku suka bila dengar suara dia. Aku rasa bahagia sebab ada orang sukakan aku.  Tapi aku tak tau macammana nak luahkan semua tu.

Lagipun, telefon rumah kami itu terletak dekat sangat dengan ruang sofa tempat menonton tv.  Kawan2 serumah aku dok tadah telinga je. Aku pun sama juga dok tadah telinga bila bf atau tunang diaorang yang berada dalam talian. 2x5 la kitaorang.  

Fizd  tau aku takkan cakap apa2, dia terus tanya, "Farina, bila kita nak jumpa?"

"I'm not ready.  Not  yet."

Aku tak pernah bercinta, aku tak reti apa nak cakap kalau kami ditakdirkan berjumpa. Aku memang betul2 tak bersedia nak jumpa dia lagi.  Macamana kalau aku pengsan depan dia sebab terlalu gementar?  Aku perlukan lebih masa untuk lawan perasaan aku ni.

"Farina,  I nak dengar you call me 'abang'."

"No!"

"Why not?"

"Not now."

"Bila boleh panggil?"

"Lepas kahwin nanti."

"You ada apa2 tak nak tanya pasal I lagi?"

"Fizd, do you get angry easily? Apa patut I buat kalau you tengah marah?"

"Yes I mengaku I panas baran.  I  harap you banyak bersabar dengan I nanti.   Suami boleh kalah tau,  kalau dapat isteri  yang lembut  dan sabar macam you."

Uh di mana lembut dan sabarnya aku ni?  Yang aku tau aku perempuan keras, suka sukan, jalan laju dan cakap tegas.

"Lepas kawin nanti, kalau you nampak I tengah marah, jangan melawan.  Senyap je.  Nak berhujah atau apapun, tunggu sampai I cool down."

Akan ku ingat tips ini sampai mati.  Tak ada manusia yang sempurna, aku lagilah jauh dari sempurna.  Tapi aku akan sentiasa cuba untuk baiki diri supaya esok  jadi lebih baik dari hari ini.

Fizd juga bercerita banyak lagi tentang diri dia.  Dia suka belajar bahasa Arab dan Quran.  Yang itu aku dah lama tahu sebab Azah pernah cerita. Katanya Fizd bawa Quran pergi ofis, dan tanya maksud-maksud di dalamnya kepada seorang staf Arab di situ.  

Allah perkenankan doaku  dan doa emakku.  Emakku juga rupanya telah berdoa siang dan malam semoga aku mendapat jodoh.  Ya Allah yang Maha Berkuasa, dan Maha Memperkenankan doa hambaNya!  Aku akui KekuasaanMu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Keluarga Fizd dan keluarga aku dah bersetuju majlis tunang pada 3 Jun nanti.  Aku memang tak masuk campur, aku serah semua pada abah.  

Fizd bagi 3 pilihan pada aku; satu aku beli cincin tunang aku sendiri, dua aku pergi beli bersama dia, tiga aku beli dengan makcik dia yang duduk di KL.  

Pastilah aku pilih yang pertama.  Aku masih tak sedia nak keluar dengan dia lagi.  Jika boleh aku nak keluar dengan  dia lepas nikah.  Dan aku rasa tak selesa pegi shopping dengan makcik dia, orang yang aku tak kenal.

Aku ke Semua House ditemani Lisa teman serumah.  Aku berkenan dan beli cincin yang simple dan murah sangat, cuma RM45 je, dari Kedai Emas Sri Pinang.

Kemudian kami bershopping sakan untuk majlis pertunangan.  Kami ke butik cari baju tunang, buntang mataku melihat baju2 kurung dari kain chiffon crepe dan sutera yang beralun dan indah. Akhirnya aku pilih baju berwarna ungu lembut berharga RM500++.  Beli kasut baru RM120.

Pertama kali aku menghabiskan duit gaji untuk pakaian.  Selalunya  beli baju bawah RM50 je.




Bab 9: Bertemu Lelaki Dalam Mimpi

Aku dan Fizd akhirnya janji untuk berjumpa, terpaksa, sebab aku nak serahkan cincin tunang tu pada dia.  Kami berjanji bertemu di luar pejabat Fizd, selepas waktu ofis.  Semasa aku ke sana, dari jauh aku ternampak kelibat seorang lelaki sedang berdiri sendirian.  

Aku  tak pasti adakah itu dia sebab nampak sangat lain dari yang ku ingat 2-3 tahun lepas, sewaktu kami sama-sama berkursus.  Satu lagi aku tak pernah tengok muka Fizd betul-betul pun sebelum ni, tengok dari jauh je.

Dari jauh, benda pertama yang terlintas difikiranku ialah, alamak sapa lelaki  tu?  Fidz yang ku ingat kurus tinggi seperti pelajar kolej sahaja.  Tapi  lelaki itu nampak besar, bidang dan boroi.  Adakah aku dah salah orang?  Adakah aku dah buat silap terima lamaran tanpa usul periksa?

Aku terus teringat mimpi2 dulu, lelaki seperti itulah yang muncul dalam semua mimpi anehku.  Tak mungkin, 2 tahun lepas dia slim melim, macammana boleh jadi  besar macam bapa orang ni???? Mungkin ini Fizd lain!

Fizd yang menegurku dulu, jadi betullah lelaki itu bakal tunangku.  Aku tunduk aje, angkat muka masa serahkan cincin.  Terkedu  tengok dia tengah senyum pandang aku, cepat-cepat aku tunduk balik.  

Masa itulah baru aku perasan, badan dia yang aku ingat besar boroi tu sebenarnya baju kerja yang dah selebeh separuh terkeluar dari pinggang, kembung bila ditiup angin petang.  Bahu Fizd pula  dah jadi sangat bidang dan berisi berbanding dulu, jadi tambah dengan baju gelembung, terus nampak macam badan bapak-bapak. Badan rugby player mungkin lebih tepat lagi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selepas pertemuan tempohari kami belum berhubung lagi.  Fidz terus balik ke kampungnya di Kuala Kangsar nak uruskan hal pertunangan.  Aku pun balik ke kampungku di Bagan Serai.  

Kami bertunang pada hari Ahad, 3 Jun 1990. Nampaknya Fizd tak mungkir janji, hantar rombongan meminang terus.  Dia tak ikut rombongan meminang, amalan ketika itu. Aku pun tak pasti sejak bila amalan lelaki ikut sekali siap bersanding semasa bertunang.

Malam selepas majlis pertunangan, barulah Fizd telefon, "I ingatkan you tinggi".

Fizd dah terlupa agaknya 2-3 tahun dulu dia pernah berjalan di sebelah aku.  Duhh mestilah dia tak ingat, dia dah berjalan beraama beratus perempuan.  Bagi aku pula yang cuba elakkan dari berjalan di sebelah lelaki, peristiwa itu memang kekal dalam ingatan.

"How come?"

"Mungkin you nampak tinggi dari jauh.  Dah dekat, cenonit je rupanya... ". 

"I thought you gemuk".

Dia dah tersentap,"ehh mana ada."

"Bila tengok betul-betul, macho rupanya hahahaha".

"You jangan cabar I, nanti I exercise lebih sikit bagi lagi macho."

"Pahlawan kena la macho, kalau tak macammana nak jaga tuan puteri!" ceh dah pandai bersenda-gurau juga aku yang skema ni rupanya.

"You pakai tak cincin tunang tu?"

"Mesti la pakai."

"Jaga betul-betul, itu tanda ikatan kita tau."

Aku takkan cerita mimpi anehku pada dia.



Fizd masih berusaha mengajak aku keluar dating bersama.   Aku menolak, lagipun kami dah berjumpa sebelum bertunang tempohari.  Cukuplah.  Aku ingin merasa manisnya keluar bersama selepas bernikah, bukan sebelum.  

Akhirnya Fizd mengalah.  Tetapi dia akan ke rumahku di Bagan Serai hariraya Aidil Adha nanti.  Sebulan selepas majlis pertunangan kami.  Dia ingin berjumpa ibubapaku. 

"Farina, make sure you pun ada sekali. I nak jumpa you.  I really want to see you."



Sambungan..

Bab 14: Dating Pertama

Sejak tiba di Penang, aku dan kawan2 serumah sibuk mencuci, mengelap dan mengemas.  Kemudian Timah selaku ketua rumah, memohon talian telefon.  Tak tau bila nak dapat.  Aku tak dapat nak berhubung dengan Fizd.  

Pejabatku belum ada talian telefon, terpaksa gunakan telefon di main office kalau ada kecemasan.  Aku cuba menghubunginya pada waktu siang, menggunakan telefon awam.  Tapi tak pernah berjaya.  Mungkin dia sibuk di makmal.

Aku dah rasa terlalu rindu.  Selepas 5 hari, aku nekad keluar rumah pada waktu malam dan pergi ke telefon awam berhampiran.  Pondok telefon awam terletak 1 km dari rumah, dan aku terpaksa berjalan kaki ke sana.  Takut, pertama kali aku keluar malam di Penang.

Akhirnya berjaya.

"Fizd, it's me Farina."

"Farina, I missed you like crazy!  Why hadn't you called?"

"I miss you too."

"You do?"

"I tried several times. I never reached you."

"Sukanya I dengar suara you."

Aku pun sama.

"I am going to Seoul two weeks after our wedding day.  Kita berbulan madu di situ?"

Aku teruja sangat. Aku memang tak sabar bercuti dengan Fizd berdua sahaja,  tanpa gangguan dari sesiapa.  
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari ni aku ke KL oustation.  Aku menumpang di rumah Acik di Damansara.  Dan aku dah berjanji nak keluar dating dengan Fizd.  Ye aku tau, aku tau....  tak elok,  tapi godaan ni terlalu kuat.  Fizd dah teringin sangat nak berjumpa denganku.  Dah dua bulan lebih kami tak jumpa sejak aku pindah Penang.

Kami jumpa di SOGO,  Fizd nak cari baju kerja, beli 2 helai kemeja.  Aku pilih warna biru, dia pilih pink.    Fizd tetap nampak maskulin walau pakai kemeja pink.

Semasa kami berdiri menunggu bas, ada dua wanita Filipino bert-shirt sendat dan seluar jeans ketat di hadapan.   Walau gemuk dan rendah, dah pasti setiap inci lekuk di badan diaorang takde dapat disorok-sorok lagi.  Fizd pun apa lagi, terus bisik ke telingaku," I want you to dress like that at home."

Di dalam bas, aku memilih untuk duduk di sebelah seorang auntie Cina walaupun ada tempat kosong untuk dua orang di hadapan.  Aku tak mahu duduk sebelah Fizd, aku tak boleh. 

Malangnya selepas sahaja auntie itu turun, Fizd terus pindah duduk sebelah aku.  Aku rasa sungguh tak selesa, aku rasa berdebar-debar je.  Pelik betul Fizd macam ok, tak rasa apa-apa pun.  Agaknya dia dah biasa buat macam ni. 

Ya Allah, inilah aksi Fizd yang aku jijik melihatnya satu masa dulu, tapi sekarang akulah pelakunya. Ampunkan aku ya Allah.

Kami ke rumah Acik.  Semasa aku sendukkan makanan untuk Fizd dan bertanya  samada dia mahu lebih, Fizd langsung tak pandang ke arah pinggan nasinya. Sebaliknya matanya cuma fokus pada aku.   Mujurlah Acik sporting, cool je tak cakap apa2 tengok kami,  sebab terlalu jelas pandangan mata Fizd yang tidak berganjak seperti spotlight itu.

Begitu juga semasa aku lalu lalang di ruang tamu Acik yang sempit tu, mata Fizd tetap pada aku.  Dia langsung tak sedar apa yang sedang Acik bualkan.  Mujurlah aku sudah biasa, sudah hilang perasan ketar dan gemuruh ketika pandangan kami bertemu.  Cuma malu kepada Acik sahaja kerana Fizd yang langsung tak pandai mengawal pandangan matanya itu.

Kemudian aku hantar dia ke bus stop.  Hmm aku dah sayangkan dia lebih dari dulu.  Aku berdoa semoga perhubungan kami tetap dalam kesucian, moga tiada yang buruk berlaku. Dan seandainya tiada jodoh antara kami, biarlah kami berpisah tetap dalam keadaan suci.




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sebulan berlalu.  Fizd ada kerja di Penang dan datang mengunjungiku. Fizd memberiku sekeping jubin dengan tulisan romantis. Jubin itu ku letakkan di atas rak di pejabatku.


Aku ditaburi kata2 indah melalui berbagai cara.  Puisi ini yang ditulis oleh H Romantik KL ini dihantar melalui email.

Farina

Sometimes I wish
I didn't love you so much
Sometimes I think
My life would be better
Alone without you
But then sometimes
I remember
Your smile
Your face
Your laughter
You
I kneel down in gratitude
That you are in my life

Fizd


Kad2 ucapan darinya semuanya aku simpan rapi.  Aku rasa seperti puteri di alam fantasi.  Adakah dia akan begini selepas kami kawin nanti? Atau adakah dia akan bertukar arah seperti ramai suami2 yang ku baca di ruangan masalah rumahtangga?  

Kadang2 muncul juga curiga di kepalaku, entah2 dia dah bagi 100 kad macam ni pada semua ex dia. Tapi aku cepat2 membuangnya jauh. Pandang ke hadapan, jangan toleh ke belakang. This is your choice, your life.

Ya Allah, jodohkanlah aku dengan dia. Mudahkanlah urusan kami. 


Bab 12: Ujian Bertunang

Fizd minta aku uruskan tentang kursus nikah, cari tempat dan masa yang sesuai.  Bila dah dapat, aku call office dia.  Engaged.  Aku tekan butang call waiting, tunggu dalam setengah jam, tiba-tiba telefon aku berbunyi.  Fizd dalam talian.

"I tengah buat kerja tadi", Fizd bagitau.





"Ohhh ... ", aku menjawab, walaupun aku tau dia tipu.

Fizd cepat2 mengesan kesilapannya. "Sorry, sorry I tengah bercakap dengan someone tadi".

"Emmm ", nada suaraku macam malas nak tanya lebih-lebih.

"She's my ex."

Aku diam aje.

"Actually before you,  makcik I dah matchkan I dengan this girl.  Kami baru je kenal2 each other, I belum commit apa2 yang serius dengan dia."

Rupa-rupanya dia juga ada mengenali seseorang untuk tujuan perkahwinan. Masih dalam proses mengenali satu sama lain, macam pernah ku dengar.  Kalau bukan aku yang bagi ultimatum masuk meminang, pastilah kami masih dalam proses 'mengenali satu sama lain'. Apa bezanya aku dan wanita itu?

"I dah putuskan hubungan kami.  Lama tadi sebab I nak terangkan hal sebenar kat dia."

Jadi aku dan wanita itu dalam posisi yang sama pada masa yang sama!  Semasa dia mengenali aku, dia masih lagj bersama wanita itu?  Maknanya Fizd mahu berkawan dengan aku  dan wanita2 lain juga, tanpa putus pun sebelum ini!

Aku mati2 ingat dia dah tinggalkan semua ex bila dia ambik keputusan pilih aku....  

Jadi betullah syarat aku tu, bertunang atau back out.  Kalau tidak, aku pasti jadi salah seorang sahaja dari mereka!  Berapa ramai  bakal ex yang dia ada sekarang?   Tapi aku diam sahaja kerana tak mahu mulakan pergaduhan.

Aku terus bagitau tujuan aku telefon dia.  Aku langsung tak tanya apa-apa pasal ex dia.  Walaupun aku agak terkilan ....

Malam tu Fizd call aku.  Katanya dia ada masalah besar.  Dia dah bagitau semua ex tentang status dia sekarang kecuali seorang lagi.  Gadis tu ada di Adelaie sekarang, masih belajar lagi.

"Kenapa masih tak bagitau?" nada suaraku memang dah bosan habis.

"I tak sanggup nak cakap.  Sebab dulu I pernah janji nak ambik dia jadi wife."

"So now what?"

"I takut dia bunuh diri".

"Why?" Sebenarnya aku nak cakap bullshit!

"Sebab dia pernah cakap macam tu kat I. Kalau I tinggalkan dia, dia nak bunuh diri."

"You kena cakap jugak!"

"I nak diam-diam je tak contact dia.  Kalau dia call, I tak jawab.  Lama-lama nanti tentu dia bosan atau faham sendiri".  

Aza pernah bagitau aku, cara itu dah biasa    Fizd  gunakan. Semua gf cuma diberi satu nombor extension sahaja iaitu no telefon di kaunter jabatan.  Semua staf di situ kawan2 baik dia yang akan berpakat untuk cover kalau dia tak nak jawab panggilan.  

Begitulah cara dia tinggalkan gf berkebaya ketat itu.  Setelah berjaya dating sekali, dia terus tak jawap panggilan gadis itu lagi sehingga gadis itu yang faham  sendiri.  Katanya karakter gadis itu tak menepati citarasanya.

"Jangan buat macam itulah.  Itu aniaya namanya. Be a man will you?"

"I couldn't".

"I tak suka apa yang you buat ni.  If you later on meet someone else, you must tell me immediately.  I tak nak jadi macam tu.  I will leave you the moment I know you ada orang lain.  I will move on with my life, with or without you."

Aku rasa inilah frasa paling panjang aku pernah bagi kat dia.

Aku tak tau apa perkembangan hubungan mereka, dan aku tak pernah lagi bertanya Fizd tentang gadis tu.

Oh dia pernah berjanji dengan orang lain dan dah mungkiri, mungkin dia boleh lakukan yang sama pada aku.  Kenapa aku tak fikir macam ni masak-masak dulu?  Perkara sudah berlalu. Jadikan pengajaran. 

Aku ingat kisah dia dulu-dulu semua kes main-main, tak serius sampai bincang nak kawin.  Sebab itulah apa yang dia beritahu semasa mula2 approach aku dulu.   Fizd tak jujur pada aku.  

Rupa-rupanya sikap Fizd yang cuba lari dan mengelak dari  berdepan dengan kenyataan ni akan aku temui sepanjang kehidupan kami selepas ini.




Bab 13: Selamat Tinggal Fizd

Aku akan dipindahkan ke cawangan di Penang.  Fizd akan kekal di KL selama lebih setahun lagi.  Kemudian dia pun akan dipindahkan ke sana.  Semasa memohon kerja ni dulu, kami memang dah tau apa yang akan berlaku.

Petang tu aku dapat panggilan dari Fizd.

"I've been calling you since morning. Where have you been?"

"I cuti, ada ujian memandu."

"Please come to my office now.  I've something for you."

Aku pergi ke pejabatnya, diia berjanji akan membuka pintu pejabat seluas-luasnya supaya tak ada fitnah.  Pertama kali aku ke situ.  Pejabatnya dihiasi dengan bermacam kad, foto dan cenderahati semasa dia keluar negara.  

Sungguh berlawanan dengan pejabatku yang ada hanya fail-fail kerja dan buku sahaja.  Barang-barang tersusun di atas almari rendah yang kusangka fail-fail tebal, rupanya album gambar dari kecil sehingga dia dewasa.

Fizd memberiku sehelai skaf sutera, dan sekeping kad ucapan.

Dia menunjukkan padaku gambar ex gf yang pertama.  Dikenali semasa tahun pertama di universiti.  Aku tersedar gadis itu ada beberapa persamaan denganku.  Wajahnya biasa sahaja, tidak secantik ex lain yang pernah kulihat.  Dia juga sentiasa memakai baju kurung kain kapas, sama sepertiku.  

Bila kuamati, wajahnya hampir mirip wajahku juga.  Aku seolah-olah melihat diriku sendiri ketika remaja, tapi dalam situasi berlainan.  Dia tidak bertudung, bebas berkawan dan bercinta. Sementara dunia aku ketika itu hanya buku dan pelajaran, tiada teman lelaki langsung.

Melihatkan gambar-gambar mereka, aku dapat merasakan mereka betul2 saling menyanyangi.  Perasaan cemburu tiba2 muncul dihatiku.  Perasaan yang tak pernah wujud pada gf lain walau gadis Adelaie itu.

"Kenapa putus dengan dia?"

"Bila dah habis belajar, terpisah, tak contact, terus putus macam tu je."

Wow senangnya, bisik hatiku. Macamana kalau kami berjauhan kelak, adakah dia juga akan lupakan aku?

Kemudian gambar gf di Adelaie pula yang aku tak tau samada dah putus atau belum.  Agak lama juga aku renung gambar gadis tu, cantik.  Gambar yang diambil semasa Fizd buat master di Melbourne dan pergi melawat gfnya.  

Dari gambar-gambarnya, gadis itu nampak happy sangat.  Aku tak nampak kenapa Fizd mesti tinggalkan dia.  Dia ada segalanya, rupa, tinggi lampai, bakal doktor pula tu. Aku pula hanyalah seorang penyelidik biasa.

Kemudian Fizd bertanya jika ada sesuatu untuk diucapkan sebelum kami berpisah.   Aku kata takde, sebab aku dah plan nak jumpa dan bagi dia sesuatu esok.  Aku dah setkan masa untuk jumpa, sebab jadual aku penuh sebelum pindah.

Keesokannya  aku tunggu Fizd di hadapan bangunan utama.  Dia datang agak lambat, lagi setengah jam je dari masa appointment di tempat lain.  Sebaik dia sampai, aku terus serahkan kad dan hadiah, kemudian aku ucapkan selamat tinggal untuknya.

"eh kenapa rushing ni?", Fizd nampak bingung.

"I've to be at Subang at  2 pm."

"I thought we can have lunch together."

"I can't".

Dia nampak kecewa.  Aku pun sedih juga. 

Fizd pandang aku lama dan aku terdengar suaranya perlahan, "your eyes..."

"Why?" soalku, mana tahu ada apa2 bendasing atau kekotoran ke.  Sudahlah aku ada appoinment sekejap lagi.

"nothing ... ", pendek sahaja jawapannya. 

Semasa menunggu teksi ke Subang, aku terpandang dia di seberang jalan.  Fizd sedang memerhatikan aku sambil tersenyum.  Senyuman Fizd boleh mengubah seluruh airmukanya dari nampak sombong dan ego, kepada manis dan mesra.

Malam terakhir aku  di KL.  Esok aku akan mula tinggal di Penang.  Fizd menelefon ku.

"Do you really mean what's written on the card?

"Yes."  Kad tu cuma tulis - I wish you could be here-

"I never expected it from you.  I thought you had accepted me without feelings."

Kemudian Fizd mengomen gambar yang aku beri padanya.  Gambar aku sedang tersenyum lebar sambil mengayuh  canoe di Port Dickson.  


Aku memang sengaja bagi gambar tu pada dia.  Itulah aku yang sebenar, yang simple, ceria dan sukakan aktiviti luar.  Personaliti aku yang dia tak pernah tahu.  

Dia ingat aku gadis lemah, bersopan, menjaga kata dan personaliti.  Aku dah kata itu bukan aku yang sebenarnya,  pun dia masih tak percaya.

"I purposely gave you that picture.  It shows the real me."

"I actually afraid to ask for your picture.  Ingatkan you tak nak bagi."

"Nanti you tengok orang lain."

"Takut jugak you ye?"

"Of course, you have the reputation."

"Reputation with girls?"

Sengajakan!  Mujurlah  dalam telefon, kalau kat sebelah .... memang dah kena pukul bertalu-talu.

"Ok I mengaku you memang tak cantik.  Bolehlah...  but still cute and adorable."  Lepas tu aku terdengar dia ketawa tertahan-tahan. 

Aku terdiam.  Ye aku selalu mengaku aku tak cantik, tapi bila perkataan tu keluar dari mulut dia sendiri, hatiku macam dihiris sembilu dan ditambah dengan perahan limau nipis berkilo2.

"Ok sorry...  sorry,  I'm just pulling your legs.   Farina, are you still there?"

Aku diam je. 

"Farina... ?"

Huh padan muka.  Tau risau. Aku nak letak telefon, tapi nanti aku juga yang rindu. 

"Farina, I adore you. I really like you.  I rasa bertuah sangat bila you terima I."

"Thanks Fizd."  Aku terharu sangat. Fizd memang pandai bermain kata2.  Patutlah ramai perempuan jatuh hati pada dia.  

"Sedihlah I nanti",  kata Fizd perlahan.

"Kenapa?" 

"I tak dapat tengok you lagi."

"Bukan selama ni pun kita jarang2 jumpa?  Nanti2 kalau I turun KL,  kita jumpalah lagi."

"Sebelum ni I selalu curi-curi tengok you Farina.  You je yang tak tau."

"Betul Fizd?  Kenapa I tak pernah nampak you?"

"I selalu nampak you di cafe dengan Lisa.  Dah you jalan straight pandang depan, mana ada toleh kiri kanan.   I ada duduk sebelah meja you pun,  you tak tau."

Aku rasa flattered habis.  Aku sedar aku tak cantik, takde daya tarikan apa pun.  Aku ingatkan tak ada lelaki yang teringin nak tengok aku, apalagi tengok curi-curi seperti itu.  Benarkah Fizd selalu curi2 tengok aku, atau dia cuma bermanis mulut sahaja? Tak kisahlah manis mulutpun, hatiku terus berbunga2 bahagia.