Rabu, 9 September 2020

Bab 1: Tempat Kerja Baru

Ketika aku berjaya mendapatkan ijazah sekitar lewat 80an, Malaysia sedang mengalami kegawatan ekonomi.  Aku memohon apa sahaja pekerjaan yang ada, tanpa memikirkan bidang atau kelulusan.  

Tetapi imej tudung labuh dan baju kurungku mungkin jadi sebab susah untuk majikan menerima, terutama kerja yang berhadapan dengan orang ramai. 

Aku boleh berbahasa Mandarin, tetapi aku diminta pula membuka tudung atau berskaf sahaja.  Mujurlah aku tidak mengikuti syarat itu semata2 ingin kerja, kerana syarikat2 itu selalu mengadakan makan2 bersama minuman haram.

Ketika itu di KL, tak ramai lagi wanita yang bertudung, apatah lagi bertudung labuh.  

Akhirnya aku mengikut kakak angkat bekerja di sebuah ladang tebu di utara. Aku berpakaian sama seperti mereka yang lain, kemeja lusuh, seluar gelobos, sarung tangan kain tebal untuk melindungi dari bisa dan duri tetapi serap peluh, tudung belasahan kain kapas, dan topi lebar untuk melindungi mata dari terik mentari.

Kisah aku bertudung labuh inipun menarik juga, kerana latar belakangku bukan bidang agama.  Aku belajar di sekolah Cina dari darjah satu hingga tingkatan 5.

Malah aku baru nak berjinak2 belajar Quran dan menunaikan ibadah dengan cara yang betul ketika itu.  Ketika memasuki universiti, aku baru saja belajar mengenakan tudung tiga segi.

Cuti semester pertama, aku pulang ke kampung di utara menaiki bas ekspress dari KL.  Pada mulanya, tempat duduk disebelahku kosong tiada orang.  Sehingga bas bergerak pun, masih tiada yang datang.  Aku sudah gembira dan letak begku di sebelah.  Tetapi sebaik bas berhenti di simpang keluar ke jalan besar, seorang lelaki tiba2 menahan bas dan terus duduk di sebelahku.

Lelaki itu seorang pervert rupanya, dia cuba menyentuhku, tetapi dengan cara konon tidak disengajakan.  Sikunya disandarkan hingga ke tempatku, dan tangannya terletak disebelah pehaku.  Kemudian pura2 tertidur hingga terlentok ke tempatku. Aku terlalu muda ketika itu, aku cuba menjauh dan mengecilkan tubuhku ketakutan. 

Ketika itu aku merasakan tudung skaf yang ku pakai belum cukup menutup tubuhku. Aku mahukan selimut tebal, tetapi yang ada hanya beg kecil dan fail sahaja. Fail itu aku gunakan untuk menutup dadaku, dan beg  diletak atas pehaku. Aku berazam, selepas itu aku akan pakai tudung yang akan menutup seluruh tubuhku semasa duduk dalam bas.

Dua minggu di rumah, aku shopping kain jeans selebar 60 inci yang lembut dan berkualiti.  Aku gunting dan jahit tangan dua helai tudung labuh. Kerana harga kain yang mahal, dua helai itulah yang aku termampu. Emak memerhatikan aku sambil menggelengkan kepala. 

"Jangan ekstrim sangat Rina, tudung kain skaf itu dah cukup."

Terlalu banyak hikmah tudung labuh itu rupanya. Aku masih aku yang dulu, tetapi persepsi orang ramai terutama lelaki, berubah secara drastik.  Mereka memandang aku dengan hormat dan melayan aku secara sopan.  Tiada lagi gangguan atau siulan di tepi jalan.  Paling berani pun, ucapan 'assalamualaikum' sahaja.

Cuma satu saja yang susah untuk ku kawal. Orang menyangka aku lulusan agama atau banyak ilmu agama, sedangkan ilmuku terlalu sedikit, jauh lebih rendah taraf aku berbanding mereka.  Disebabku mulutku yang vokal dan berani bersuara ketika itu, aku juga terus dilantik sebagai salah seorang wakil pelajar. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Alhamdulillah, setelah hampir setahun berpanas berhujan di ladang tebu, aku berjaya mendapat kerja di sebuah institusi penyelidikan dalam bidang yang ku minati.

Semasa mula-mula masuk kerja di sini, banyak juga kursus aku nak kena pergi.  Ada di antara kursus itu menemukan kami dengan pekerja2 baru dari jabatan lain.  Salah seorang pesertanya, tersangatlah kurang matang dan kebudak-budakan.  Itu yang pertama aku fikir pasal dirinya.

Asal bagi pendapat, pasti jadi bahan kontroversi.  Cakap tak fikir panjang, tau melontar je.  Nampak macam panas baran pun ye, kalau ada pendapat yang bertentangan, cepat betul dibalas.  Ada sedikit  karakterku dulu2 masa remaja, semasa mula2 masuk universiti.  Tapi bila dah bekerja, dah matang, ia hilang sendiri.




Disebabkan aku duduk baris belakang, tak pernah nampak sangat rupa paras budak kurang matang tu.  Dari belakang, rambut dia agak panjang berbanding peserta2 kursus lain. Itu yang paling aku ingat tentang dirinya.


Bab 2: Mimpi Dilamar Lelaki Tak Dikenali

Pindah rumah baru, dapat rakan serumah baru, Azah.  Azah dari jabatan yang sama dengan budak tak matang tu, biarlah kita kenal dia dengan nama Fizd, atau nama panjangnya Muhammad Hafizd bin Ahmad Yaakub.  

Menurut Azah, Fizd  juga ada ramai girlfriend.  Yang peliknya,  masing-masing  sedar mereka ada ramai pesaing tapi tetap juga mahu bertahan.  Aku terus terfikir ...budak kurang matang macam tu pun mahu direbut?  Oh tidak, bukan taste aku.

Hampir setahun  aku bekerja di situ.  
Budak tak matang itu, Fizd semakin maju juga dengan aktiviti mengumpul girlfriendnya.  Yang terbaru aku dengar dari Azah, gadis tercantik dan jadi rebutan dari jabatan pentadbiran pula dapat ditawan.  

Semasa aku lunch bersama Azah di cafe berhampiran pejabatnya, gadis itu sedang berjalan masuk.

"Tu Rina, tengoklah  latest girl si Fizd."

Aku mendongak, dan memang betul kata Azah.  Gadis itu putih gebu, ayu, langsing, dan tinggi lampai, mungkin setinggi Fizd.  Cuma lelaki tak sejati aje yang tak terpikat melihatnya.  Aku yang perempuan pun terpegun seketika!

Dah ada girlfriend cantik pun mata Fizd masih tak pernah rehat.  Masih nak tengok perempuan lain.  Aku teringat suatu hari ketika aku ke cafe bersama Azah.

Semasa kami melangkah masuk ke cafe, dari jauh lagi aku sudah terlihat sepasang mata tajam bersinar sedang memandang tepat ke arah kami.  Pandangan mata tu macam boleh tembus dinding setebal 6 inci.   

Aku macam kena pukau, terpaku melihat matanya.  Mujurlah aku cepat sedar dan  dan terus berpaling ke arah lain.  Mengucap, astaghfirullah.  Kenapa pula aku nak rasa berdebar-debar ni?  Tetapkan hati kau Farina, tetapkan hati!  Itu bukan jenis lelaki idaman kau.  Who is he anyway?  Budak tak matang aje kan, bersilih-ganti teman wanita pula tu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lepas setahun bekerja, aku memohon untuk membuat master di  Boston, Massachusetts.  
Azah dan Fizd pun pergi melanjutkan pelajaran masing2 tapi di negara berbeza, Azah memilih Cambridge di England sementara Fizd ke Melbourne.

Selama  dua tahun aku tumpukan pada pelajaran, walau kadang-kadang tersasar.  Al maklumla, umur dah masuk tahap wajib kawin.  Ada je lelaki Melayu pandang lebih sikit, mulalah terperasan.  Rupa-rupanya tak ada apa-apa pun.  

Semasa nak dekat2 tarikh tamat pengajian tu, aku bermimpi beberapa kali tentang seorang lelaki.

Dalam mimpi2 tersebut, lelaki  itu memberitahu yang dia sukakan aku, mak dia pun dah berkenan dengan aku,  dan dia nak kawin dengan aku. 

Aku memang tak dapat ingat rupa lelaki dalam mimpi tu, padahal mimpi lelaki yang sama berkali2.  Aku cuma ingat bentuk badan dia yang besar je ....  hah ha ha.


Setiap mimpi sangat pendek tetapi jelas dalam ingatanku.  Aku seperti tidak sukakan lelaki dalam mimpiku, malah aku pernah lari darinya semasa dia cuba mendekati aku.

Satu mimpi tu mungkin petunjuk siapa dia.  Aku nampak lelaki itu berbual2 dengan dengan rakan2 sekerjaku.  Rupa-rupanya sebahagian  rakanku adalah rakan2 dia juga.  

Ketika di Malaysia dulu,  aku pernah ke kem bersama peserta2 dari cawangan lain.  Seorang  staff  berbadan besar dari Penang cuba mendekati aku berkali2 walau aku tak layan. Uwaaaa!!!!!  Aku takut mimpi itu jadi nyata.  Aku tak mau!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku sudah kembali bekerja di KL, di tempat yang sama.  Azah dah kawin.  Kawan2 yang graduate sekali dengan aku pun dah ramai hilang status single.  Aku?  Tak de sapa-sapa pun lagi.

Satu hari di kampung, mak aku buka mulut.

"Rina tak de kawan sapa-sapa ke?"

"Takde la mak".

"Umur Rina dah 27, bila nak kawin agaknya?"   

"Bukan tak nak mak. Tapi memang takde."

"Takkan la takde sapapun?"

"Iyaa!! Rina takde sapa2 pun."

Ketika itu juga imej lelaki Penang terus terpancar di kepala, tetapi cepat2 aku menepisnya pergi.

Aku dah meninggi suara, bosan dengan soalan yang sama.  Di kampung pun semua makcik pakat tanya soalan macam ni juga.

Aku tengok muka mak berubah.  Ya Allah dia nampak sedih sangat.  Sedih sebab anak kesayangan dah pandai meninggi suara, atau sedih sebab aku bakal jadi andartu?  Walau apapun puncanya, aku rasa sangat bersalah.




Bab 3: Usaha Cari Jodoh

Sejak balik ini aku mula memikirkan tentang jodoh.

Ditambah lagi dengan soalan2 sama yang datang bertalu2 tentang 'bila nak kawin?'  Aku jawab sama je, "tolong carikan jodoh untuk saya".  

Ada juga makcik-makcik kampung yang ternampak aku ketika kenduri, bertanyakan tentang aku, minta gambar,  mencatat nama dan  nombor telefonku.  

Tapi sampai ke sudah tak ada khabar berita.  Aku buat kesimpulan, samada makcik tu dah hilang no telefon aku, atau anak lelaki mereka tak berminat dengan aku.

Mungkin rupaku yang biasa-biasa, atau pakaianku yang sentiasa berbaju kurung dan bertudung, atau karakterku yang pendiam.  Mungkin semua itu turn off bagi orang lelaki. 



Tapi aku tak pernah minta dari Allah.  Aku lupa Allah lebih tahu apa yang baik untukku. Aku bertekad untuk mengubah diriku.  Ramadhan hampir tiba, masa yang paling baik untuk mulakan perubahan. 

Sepanjang bulan Ramadhan tahun itu, aku membaca surah Yasin sepanjang malam dari Maghrib hingga Isya.  Disertai dengan doa setiap waktu solat, doa supaya aku dijodohkan dengan lelaki baik, yang beriman, yang akan jadi imam solatku. Ya Allah, aku benar-benar mengharapkan bantuanMu.


_______________________________________



Seminggu sebelum Ramadhan berakhir, aku sedang berurusan di pejabat am.  Tiba-tiba terdengar suara cc bercakap dengan seseorang di telefon.

"Ya .... sambungan dia 56994" ,  seketika itu dia menoleh ke arahku dan berkata, "oh itu pun dia ada di sini". CC melambai aku datang padanya dan menyerahkan telefon di mejanya.

"Assalamualaikum", aku memberi salam.

"Waalaikumsalam, boleh saya bercakap dengan Cik Farina", kedengaran suara lelaki yang tak ku kenal.

"Saya bercakap".

"Saya Farid, saya ada hal private nak cakap dengan cik Farina.  Boleh saya call your office?"

"Call  saya 15 minit lagi."

Balik ke pejabatku, telefon terus berdering.

"Saya Farid staff senior di sini.  Farina dah bertunang ke?" wah direct nya soalan.  

Tak pernah kudengar nama Farid, tapi sebagai pekerja baru, aku belum kenal semua orang lagi.

"Tak. Saya belum bertunang."

"Dah ada seseorang?"

"Takde, kenapa?"

"Kawan saya berminat nak kenal dengan Farina, kalau tak keberatan".

"Siapa kawan awak tu?"

"Buat masa ni dia minta dirahsiakan."

Rahsia? Serta merta ingatanku melayang pada staff lelaki dari Penang semasa di kem, dan mimpi2 yang menghantui.

"Penang?"

"KL... "

Fuhh, lega!  Asalkan bukan Penang.

"Kalau cik Farina setuju, baru kita kenalkan."

"I don't know.  I'm not .... innt ..", aku nak cakap aku tak berminat, tapi mana tahu entah2 inilah jodoh aku.  Kalau awal2 dah tolak,  terlepaslah peluang aku.

"Kalau cik Farina tak nak, saya tak paksa." 
   
Weh macamana dia tahu isihati aku? Mungkin dia dapat teka dari suara aku yang teragak-agak tadi.

"Saya tak boleh jawab sekarang. Boleh  contact saya seminggu lagi?"

Aku memang sengaja beri masa yang lama, supaya aku boleh tahu samada lelaki itu serius atau main2 sahaja.  Kalau selepas seminggu dia diam sahaja tak muncul2,  aku dah tak kisah pun.  Dah biasa.

"Baiklah, terimakasih..  Saya akan hubungi cik Farina minggu depan?"

Farid, seorang lagi staf senior yang cuba nak matchkan aku dengan kawannya.  Konon kawan berminat, entah-entah kawan tu tak tau apa-apa.  Tengoklah nanti, senyap macam tu saja. Aku dah bersedia untuk redha.

Aku tak nak jadi brutal dan kejam seperti dulu.  Pernah suatu masa dulu aku confront match maker aku sendiri sebab inilah.  Minta gambar aku untuk dimatchkan dengan adik dia, tiba2 senyap tak dengar khabar.  Bila aku terserempak dengannya di satu majlis reunion dan demand gambar aku dipulangkan, dia terus pengsan di situ juga. Kecoh juga masa tu. Harap2 tak siapa tahu apa sebabnya.

Petang itu, mak pula telefon dari kampung.

"Rina, alhamdulillah.  Ada orang nak datang merisik Rina!  Ada makcik carikan jodoh untuk anak dia.  Jiran mak tunjukkan gambar Rina.  Terus dia berkenan."

Aku tergelak dalam hati.  Dah berapa ramai makcik yang berkenan padaku, tapi hilang senyap macam tu je.

"Raya nanti mak tunjukkan gambar anak dia.  Kalau ikutkan hati mak, sekarang ni jugak mak nak ke KL.  Nak bagi gambar tu kat Rina."

He heh he mak aku ni.  Gembira sangat  anaknya ada jugak orang berkenan.  


Bab 4: Mimpi Melamar Bakal Isteri

Hari berikutnya, aku menerima satu panggilan.  Farid rupanya.

"Sayalah sebenarnya yang nak kenal awak lebih rapat lagi.  Farid tu nama samaran je."

Ada lagi orang buat style macam ni? Aku ingat dalam cerita P. Ramlee je.

"Oh .... jadi awak ni sapa sebenarnya?"

"You know me."

"Department?"

"Biotechnology."

Jabatan dimana Azah  berada.  Hampir semua staf disitu  ku kenal, berkat mulut Azah yang rajin bercerita.  Tapi itu kisah dua hingga tiga tahun lalu, semasa kami masih rakan serumah.

Mungkin sekarang dah ada perubahan?  Tak pasti sapa lelaki yang dulunya bujang, dan sekarang masih bujang?  Ramai yang dah kawin ...   Fizd kot, tak dengar pun berita dia dah kawin.  Sibuk mencari nama, terlupa sebentar tujuan aku dihubungi.

"Fizd?"

"Ya."

Aku terus terkaku.  Ye aku memang sebut Fizd sebab nama dia je yang keluar dari otak aku.  Tapi entah kenapa aku terllu yakin itu orang lain, mungkin seseorang yang aku dah lupa nama atau tak berapa kenal sangat.  Fizd orang terakhir, atau memang tak masuk langsung pun dalam senarai itu.  

Aku jadi malu sendiri.  Aku tak tau pasal apa.  Aku cuma malu giler!!!  Oh tidak, aku melayan budak tak matang rupanya dari semalam .... serius pulak tu.  Terus terbayang dimataku budak tak matang yang sedang berdebat  dan mati2 pertahankan pendapat dia yang tak masuk akal pun. Aaaaaa!!!! Oh tidak !!!!!! Malunya !!!!!!!  

Kenapa suara dia lain?  Langsung tak sama seperti yang ku ingat 3 tahun dulu, semasa dia syok berdebat dan lantang bersuara dalam kursus yang kami ikuti.  Dulu suara dia masih seperti remaja awal 20an, tapi sekarang seperti lelaki dewasa 30an, sehingga aku benar2 percaya dia seorang 'senior'.

"Tapi awak tak kenal saya?"

"Orang kata don't judge the book by its cover.  But I judge you from your appearance."

"Sometimes appearance hides the truth."

"I know.  But I really like what I see in you."

"Bukan awak suka orang macam Syakila ke?"   Syakila tu gadis ayu dan seksi berkebaya yang jadi rebutan, girlfriend Fizd la.

"Itu dulu."

"Sekarang kenapa?"

"Sekarang dah memang nak kawin, nak cari isteri.  Someone like you".

Hah....isteri ... terus sebut pasal kawin, isteri .... cepatnya!  Ok aku faham dia dah  nak kawin, nak cari isteri.  Nak cari yang bertudung dan berbaju kurung macam aku la agaknya.  Tau pula tak nak yang berkebaya ketat macam gf dia.

But why me?   Aku tak cantik, dan aku tau taste Fizd ni, semua ex dia yang pernah ku lihat cantik2 belaka.  Lagipun, ramai lagi gadis2 bertudung dan berbaju kurung di luar sana, ustazah pun ramai.  Cantik2 pula tu. 

Lelaki kalau suka perempuan cantik tapi  kahwin perempuan tak cantik, pasti ada muslihat.  Mungkin dia ada banyak hutang? Mungkin dia kedekut takut keluar belanja banyak untuk isteri cantik?

Mungkin rahsianya terbongkar dan semua gf dah tinggalkan dia?  Hmm tapi kata Azah semua gf tau mereka bukan seorang.

Tidak. Aku tak nak jadi mangsa.... lepas di beri harapan, pastu ditinggalkan bila dia terjumpa yang lagi baik dan cantik.

Mungkin aku akan dijadikan batu loncatan?  Sebelum terkena,  baik aku berterus-terang.

"Saya tak cantik."

"I'm not looking into a beauty."

"I know your type of girls."

"I dah berubah."

"You're immature!"

"Not anymore.  Do you detect any immaturity in me now?"

"You panas baran."

"That's why I need someone like you."

"Saya tak nak kena pukul!"

"Farina, I takkan sentuh you... I mean I takkan jentik you sikit pun."

"But why me? "

"I mimpikan you beberapa kali.  Dah dua minggu.  Mimpi pertama I buat tak peduli.  Masuk mimpi ke empat, I percaya,  youlah orangnya ... ".

"You mimpi apa?  Mimpi je pun.  You can't decide based on that."

"Mimpi I propose you as my wife."

"Soooo ....?"

"You terima."

"In all of them?"

"Tiga mimpi yang pertama.  I asked, will you marry me?  You answered yes, I want to marry you."  

"I masih tak ambil serius tentang mimpi tu. Mungkin mainan tidur. But I started watching you and thinking about you."

Isshhh seram sejuk aku dengar "thinking about you" tu

"And your  last dream?

"Not now Farina.  I'll tell you when the time is right.... later."

Dia buat keputusan besar macam ni sebab mimpi?  Perlu ke aku terima?   Tapi kesemua mimpinya berlaku dalam masa aku berdoa bersungguh2 pada Allah untuk bertemu jodoh.  Dan mimpinya seolah2 jawapan kepada doa-doaku.




Aku akui Fizd ada tarikan fizikal, calon boyfriend mungkin.. lepas berseronok, dah bosan boleh tinggalkan.  Tapi calon suami .... pasti aku mahukan seseorang yang  aku yakin dapat setia bersamaku sepanjang hayat.   Aku tak pasti Fizd boleh jadi begitu.  

Takkanlah dia boleh berubah sekelip mata tak pandang kecantikan untuk mencari isteri.  Takkanlah dia boleh berubah semudah itu!   Dan dia tak masuk langsung dalam senarai lelaki impian sebagai calon suamiku.

"I need time to think about this." 

Namun jantungku berdegup kencang, dahiku panas, mindaku sedang berperang dengan hatiku  untuk menerima hakikat,  mungkin dialah jodohku. 

Perasaan ini tak sama waktu 'Farid' dan emak menghubungiku untuk memberitahu aku bakal dimatchkan dengan seseorang semalam.  Kedua2 cara itu dah terlalu biasa aku lalui sehingga aku tiada rasa apa pun.  Excited tidak, benci pun tidak.  Seperti mendengar berita perdana pukul 8 malam sahaja.




Bab 5: Hakeem vs Fizd

Seperti yang dijanjikan, masa balik kampung beraya tahun tu, emak tunjukkan padaku 2 keping gambar Abdul Hakeem.  Satu foto masa dia jadi student, satu lagi lepas bekerja.  Dia sebaya aku, engineer .  Good looking, bisik hatiku.

Tapi aku langsung tak percaya dia tiada kawan perempuan, teman istimewa. Takut2 setuju sebab nak jaga hati mak sahaja.  Aku tak mahu jadi isteri yang dibenci suami. Nanti baru 2 bulan jadi isteri, tiba2 dapat surat persetujuan untuk dipoligamikan.  Sebab kekasih hati masih menanti.


Yang paling aku risaukan, dia anak mami.  Trauma berjiran dengan mami dulu belum luput lagi.  Suaranya ketika marah ohhh.  Masa tak marah pun,  dengar macam marah.  Aku tau aku prejudis.  Bukan semua mami begitu, tapi ...

Mak aku pula lembut suaranya ....  walau tengah marah sekalipun.   Cukup dari airmukanya sahaja. Mak sama seperti aku,  berjiwa sensitif.  Ye  hati aku memang  serapuh kaca, kena teriak pun boleh pecah. Macamana aku nak hidup di kalangan mami?

Aku sebenarnya takut dengan apa yang aku rasa. Aku dapat rasakan Fizd lah sebenarnya  masa depanku.  Tapi aku juga rasa takut ...  aku tau dia pilih aku bukan kerana cinta.  Dia cuma  percaya yang aku jodoh dia.   Bolehkah bahagia perkahwinan yang seperti ini?

Lepas habis bercuti, aku dapat panggilan dari Fizd lagi.  

"You nak jumpa I tak?"

"Tak".  Belum masanya lagi. 

"Mungkin berkat doa ayah I."  

Hmm aku tak tau nak komen apa.  Aku diam je. Elok la dia fikir yang baik-baik aje masa bercakap dengan aku.

"My arwah mom sure berkenan dengan you."

"Kenapa?"  Dah takde mak rupanya.

"She is similar to you, the way you dress, your personality."

"Oh." Belum masa untuk aku bercerita hal famili aku.  Tapi dah dapat faham sikit kenapa dia pilih aku.

Emak Fizd surirumah, kawin umur muda, beza hampir 20 tahun dari suaminya.  Dia sebatang kara kerana tiada sesiapa lagi kecuali suami dan anak2.  Kini dia pun sudah tiada.

Ayahnya menguruskan perniagaan runcit, dan berhasrat Fizd menjadi ustaz.  Sejak kecil lagi Fizd sudah dihantar ke pondok untuk mencapai hasratnya.  Tetapi Fizd ada minatnya sendiri.  Fizd mengambil peperiksaan STPM secara persendirian dan dapat keputusan cemerlang.  

Fizd beritahu adik-adik perempuannya semua bertudung labuh macam aku juga.  Kira boleh masuk famili la.  Keluarga Fizd pentingkan solat berjemaah. Tapi kenapa dia boleh kumpul gf ramai2?   Tentu dia lebih arif tentang hukum dosa pahala semua tu.

Inilah yang buat aku masih berbelah bahagi antara terima atau tolak dia.  Fizd kata dia terleka selepas bebas dari persekitaran agama dan keluarga.  Cuma ex gf pertama sahaja, Fizd yang memulakan perkenalan.  Tetapi Fizd tak berjaya untuk setia kepada gf itu.  

Fizd kata sekarang dia ingin berubah, ingin mulakan hidup baru dan lupakan aktiviti seperti itu.  Hmm mudah dikata tapi  tak mudah dikota.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nenek akan ke Mekah mengerjakan umrah.  Aku balik ke kampung majlis kenduri nenek, dan bertemu dengan emak di situ.  Emak dah lama merantau, mengikut abah sebagai anggota polis, dan lepas abah bersara, mereka pulang menetap di kampung nenek.

Emak  kata keluarga Abdul Hakeem nak masuk meminang terus.  Tak perlu merisik lagi. What?????

"Rina dah cakap tak nak.  Mak ... mak tolonglah bagitau makcik tu tak payah datang, nanti Rina tolak je."

"Nak tolak apa lagi, orang dah minta cara baik.  Budak tu pun baik.  Kerja bagus.  Apa yang Rina fikir lagi?"

Melihat aku diam, emak menambah, "keluarga dia nak datang 10 Jun nanti."

Apa alasan aku nak bagi mak.  Aku dah ada seseorang?  Aikk hari tu baru je kata tak ada.

"Makcik  Umi Kalthum tu berkenan sangat kat Rina.  Dia nak pergi umrah minggu depan.  Katanya nak berdoa depan Kaabah semoga Rina terima pinangan dia."

"Maknya je yang berkenan, anaknya ntah2 tak nak pun", aku memotong.

"Anaknya ikut aje.  Dia yang minta maknya carikan.  Katanya sibuk sangat, takde masa nak berkawan dengan perempuan."

"Buatlah  solat istikharah Rina.  Jangan tolak mentah2 macam tu je.  Keputusan tu kalau boleh biarlah adil, dah fikir masak-masak, dah minta petunjuk Allah."


Bab 6: Cadangan Gila!

Aku tak boleh tidur.  Fidz vs Abdul Hakeem.  Dua-dua pun tak de perasaan pada aku.  Satu ikut mimpi, satu ikut mak.  Satu  kenal aku sikit-sikit, satu pernah tengok gambar je.  Tapi dua-dua datang serentak, setelah aku berusaha berdoa dan meminta dari Allah.  

Selepas solat, aku masih tak tidur juga lagi.  Aku langsung tak boleh lena, bergolek kiri, bergolek kanan, mata aku tetap terbuka.  Bila aku cuba tutup mata pun, otak aku masih ligat berpusing macam CD ROM tu.

Aku teringin merasa nikmat dicintai oleh seorang lelaki.  Aku teringin nak bercinta dan merindu macam kawan-kawan aku yang lain.  

Aku lupa, baru je aku bermunajat pada Allah sepanjang bulan Ramadhan untuk mendapat jodoh, seorang suami. Bukannya seorang boyfriend untuk seronok2 berhayal dan bercinta.

Mengapa aku terpaksa buat keputusan yang cepat ini, sebab tarikh 10 Jun itu semakin dekat, cuma 3 minggu lagi. Sedang akalku masih sibuk menimbang buruk baik Fizd,  aku perlukan lebih banyak masa.  Tapi keadaan seolah2 memaksa aku untuk membuat keputusan secepat mungkin.   

Setelah beberapa hari tak lena tidur,  akhirnya pagi ni aku bangun dengan fikiran yang lapang.  Tiba-tiba aku dah dapat jawapan pada apa yang aku inginkan.  Lagi aku cuba lupakan, lagi kuat jawapan tu datang pada aku.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berdebar-debar aku dail nombor itu.  Bila nak cakap, suara aku terketar-ketar, ya Allah kenapa ni?  This is a very important moment of my life, dan aku jadi  begini?  

Fidz yang  terpaksa tenangkan aku.  Suaranya sungguh soothing didengar, aku terus cair jadinya.  Hatiku dan kepalaku macam tak boleh bersatu.  Ini bukan Fidz yang ku kenal 3 tahun lepas, yang cakap lepas tanpa fikirkan perasaan orang lain. 

Aku bagitau tentang  panggilan dari mak, dan keluarga Hakeem yang bakal datang.  Aku juga bagitau Fizd, aku mungkin akan terima dia, jika dia terus masuk meminang.  Fizd terus marah kat aku.  Cadangan gila katanya.

"What if I meet your parents and I am rejected?  Buang masa I je camtu!"

Yes.  Aku dah nampak ciri-ciri panas barannya keluar. This is the real him!

"Then the answer will be NO!   Stop calling me by today.  No more contact between us because I don't want to waste my time either.  And thank you for making my choice easier!"

Terus aku rasa menyampah dan benci giler kat dia.   Rasa macam nak letak telefon pun ada.  This is my last call to him.  Ever!

Tiba-tiba Fizd berlembut semula.  

"Farina,  I just want us to take things slowly.  Get to know each other more. Not so sudden like this!  Why do you need to do this?"

Get to know each other hingga bertahun, atau hingga dia jumpa yang dia lagi suka? Buat dosa banyak2 bercinta dan dating sana sini.  Lepas umur 30an, aku kena move on dan cari orang baru,  yang sebaya atau lagi tua, dan semuanya laki orang!  

Adakah call aku hari ni satu kesilapan?  Tidak, sebab batu berat dalam kepala aku dah hilang. Aku dah rasa lega yang teramat.  Aku dah lepaskan semuanya!

Sekarang terpulang pada dia samada nak teruskan, masuk meminang. Atau back out dan jangan kacau aku lagi. Sebelum aku ada apa2 perasaan pada dia.  

Aku juga ada harga diri, dan aku takkan biarkan diri aku dipermainkan oleh sesiapapun.  Aku yang akan tentukan syarat.  Kau nak, kau masuk meminang.  Kalau teragak-agak, dipersilakan pergi.

Fizd cuba nak damage control, cuba nak curi hati aku semula.  Tiba2 dia buka cerita tentang mimpinya.

"Farina, I belum cerita mimpi terakhir I. Mimpi yang jadi turning point, yang buat I tekad nak propose you, and I betul2 yakin mimpi tu akan jadi nyata."

"Don't expect too much Fizd.  Most of the times, reality is wayy too different from fantasy."

Entah apalah agaknya mimpi dia.  Mimpi tengah salam tangan tok kadi agaknya?  

"Dalam mimpi tu, I tanya, do you love me?  You jawap, yes.  I do really love you."

"Really?"  Takkanlah boleh mimpi macam tu.  Issh malunya kalau betul.

"No I'm just kidding.   I sebenarnya mimpi yang sama macam mimpi sebelum ni,  I lamar you, dan you terima I."

"Jadi apa yang buat you tiba2 nak percaya pada mimpi tu?" Aku dah bertanya macam polis penyiasat.  

"In that dream, you looked so shy, so cute and adorable.  I was really falling for you."  

"But that was just a dream.  Hey, I did fall for a singer in my childhood dream!" Aku memotong cakapnya.

"Lepas mimpi tu, I rasa tenang dan lapang, terasa I dah jumpa apa yang I cari selama ni.  I want to spend the rest of my life with you.  I really want to marry you." 

Alangkah indahnya jika tutur kata ini datang dari orang yang aku impi-impikan.  Pasti jantungku berdegup kencang dan hatiku nak terkeluar dari badanku. 

Malangnya,  sedikitpun aku tidak terusik dengan kata-katanya.  Hanya rasa tak percaya.  Mungkin pengalaman lalu, terlalu ramai yang berjanji tetapi kemudian hilang begitu saja. Walaupun janji2 itu dibuat oleh emak, makcik atau kenalan, bukan si empunya badan.

Fizd akhirnya berjanji akan menghantar rombongan meminang awal Jun nanti.  Betulke? Aku tak mahu percaya tetapi akan tunggu dan lihat sahaja.    





Bab 7: Aku Dah Kantoi

Empat hari berlalu, akhirnya aku rasa tenang dan lega sejak Fizd menelefonku pertama kali dulu.  Baru aku boleh tumpukan pada kerja dan hal-hal lain, tidur pun dah lena sekarang.  Tak fikir langsung pasal dia lagi.

Tiba-tiba dapat call dari Fizd pula.  Kenapa call cepat sangat, bagilah peluang aku nak rehat2 dulu.  

Dia masih mempersoalkan kenapa aku suruh dia masuk meminang cepat-cepat.  Aku tekankan lagi pasal rombongan Abdul Hakeem yang bakal datang awal bulan Jun. Tentang mak ayah aku yang setuju rombongan mereka datang walau aku dah bagitau dari awal jangan teruskan.

Tentang aku yang masih keliru siapa sebenarnya jodoh aku kerana keduanya datang serentak dalam bulan Ramadhan lepas,  jadi aku dah putuskan untuk terima mana yang betul2 bertekad nak kawin dan nak masuk meminang aku. 

Apasal  tiba-tiba Fizd terkejut bangat?  Dia nampaknya langsung tak bagi tumpuan semasa aku terangkan dulu.

"Farina, family I insyaallah akan datang bulan Jun nanti.  What's your answer?"

"Ok, saya terima."

Ahhh alamak terlajak cakap, apasal aku cakap macam tu????   Mulut takde insuran! Adakah itu sebenarnya yang tersimpan dalam minda bawah sedar aku? 

Yang sebenarnya aku memang nak terima dia? Cuma masih tak pasti adakah betul keputusan aku ni?  Bila kena terjah je, terus terkeluar.  Betul agaknya......

Fizd terkejut, tanya lagi berkali-kali, betul ke apa yang dia baru dengar tadi?  Aku dah tak boleh tarik balik.  Yelah, betullah tu.  Dia masih tak percaya, tapi nada suaranya terus bertukar jadi  gembira dan lega sangat.

"Farina ... please say it again. I just want to make sure that I heard it right."

"Yes Fizd, I accept you."

"Alhamdulillah!!!  ..... Farina, kenapa you terima I?"

Aku tak fikir panjang, terus cakap, "dah sampai waktu agaknya."

"No, that's not the answer."  Dia masih tak puas hati rupanya. 

Takkan aku nak cakap sebab aku yakin dialah jodoh aku.

Aku patut berterus-terang dengan Fizd tentang usaha aku sepanjang Ramadhan, dan mimpi dia yang menjawap semua doa-doaku.  Tapi tak tau kenapa aku malu nak mengaku.

"Terharu awak pilih saya walaupun saya tak cantik."  Aaah sudah.  Apa punya childish reason la aku bagi tu?

Fizd terus bersuara mengusik, "Farina tak cantik ke? "
 
Ohh suaranya ... memang dah betul-betul buat aku cair lagi.  Tiba-tiba datang satu perasaan yang aku tak reti nak terangkan.  Aku tak faham... apakah itu?

Fizd kata aku tak yakin pada diri aku sendiri.  Bagi dia, aku rasa rendah diri dan selalu rasa aku tak cantik.  Ayat demi ayat yang dia luahkan bagaikan membaca  surat dari langit yang mendedahkan semua kelemahan aku.  Aku rasa terpukul.  Sakit kerana kebenaran itu.

"Farina, you yang rasa begitu, sedangkan I tak nampak semua tu.  I cuma nampak karakter dan personaliti you."

"In my eyes, you are perfect.  You are everything I ever wish for.  Be proud of yourself because I am proud of you.  I really like you."

Panjangnya ceramah dia!  Fizd memang  boleh jadi pakar motivasi.  Mulai hari ini aku mungkin terpaksa tadah telinga untuk dengar kata2 motivasi dari dia.

We talked a lot that night.  Actually Fizd talked a lot. I was being myself, listening.  Aaaaaa betul ke aku ni?  Apa ni?  Crush?  Love?  Feeling Wanted?  Aku terus lupa janji2 aku pada diri sendiri untuk tidak bercinta .... sebelum dinikahkan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku dah bagitau mak pasal Fizd dan kenapa aku terpaksa tolak Abdul Hakeem.

Fizd selalu hubungi aku, sehari dia call 2-3 kali.  Cuma nak tanya tengah buat apa?  Aduhh.   Aku rasa Fizd terlalu cepat, dia tak bagi ruang untuk aku bertenang, nak rindukan dia, dan rasa nak call dia.  

Suatu hari panggilan dari Fizd terus masuk ke makmal sebab aku dah set 'follow me' ke makmal untuk hari itu.  Biasanya juruteknik makmal, abang Isaac yang angkat, tapi boss aku pula kebetulan ada di situ. 

Semasa kusyuk mengamati tisu pisang hibrid AbuJo di bawah mikroskop,  tiba2 terdengar suara garau  bossku,  "Farina!  Ada panggilan dari Muhammad Hafizd bin Ahmad Yaakub."

Suaranya dahlah macam halilintar. Cara dia panggil aku macam bapa panggil anak sebab dah buat salah.  Aku memang betul-betul hormatkan dia.  Dia seorang yang akan cakap apa yang perlu sahaja.

"Ye Prof, saya di sini." Aku ambil gagang telefon yang sedang dipegangnya.  Hmm Fizd rupanya.  Aku ingat client mana nak komplen pasal report aku sebelum ni. 

"Fizd, call me  at 1.10 pm.  Tengah sibuk ni." Aku cuba cakap serendah mungkin, boss aku pura2 kusyuk tengok sesuatu di skrin laptop, tapi aku tau dia ikuti perbualan kami.  Pasti dia dah syak sesuatu.



Tengahari itu, Fizd call cuma nak bagitau, dia dah  telefon  abah aku malam tadi.  Dia kata dia nervous sangat masa tunggu abah aku jawab.  Fizd cakap, "saya nak kawin dengan anak pakcik".   

Bila abah aku tanya dimana jumpa Farina, sebab aku tak pernah cerita apa2 pun pasal dia sebelum ni.  Fizd berpeluh2 fikir jawapan yang sesuai.  Takkan nak jawab jumpa dalam mimpi.  Jadi dia cakap kami selalu  kursus sama2.

Aku terpaksa tahan gelak, skema habis. Aku masih tak dapat bayangkan budak tak matang dulu tu, tiba2 jadi begini.


Sambungan..

Bab 11: Tanjung Bidara

Kami bertolak menaiki van ke Tanjung Bidara, pemandu van, aku, Fizd dan dua peserta lain.  Ada kursus selama 4 hari.  Kami akan bertemu peserta dari cawangan lain juga.

Malam tu semasa sesi mengenalkan diri, pengerusi majlis asyiklah memuji Fizd.  Macam orang Amerika Latin katanya.  Aku dan Fizd duduk agak berjauhan, dan dia mahu aku rahsiakan pertunangan kami.  Dia juga merahsiakannya dari semua rakan2 setugas.

Peserta ke depan bergilir-gilir perkenalkan diri.  Giliran Fizd ke depan, aku tak sabar nak tengok adakah betul dakwaan Encik Zairul itu.

Hmmm ok nampak hensem jugalah.  Kulit Fizd jadi cerah disiram lampu kalimantang berkuasa tinggi.  Boleh jadi artis, bisik hatiku.  Mujurlah bila berada di bawah terik mentari, kulit dia cepat terbakar jadi gelap ....  itu yang kulihat selama ini,  dan aku lebih suka  dia begitu. 


Bila giliranku tiba, encik Zairul kata aku 'saham tinggi'.   Adakah sebab dia ternampak pandangan Fizd padaku?  Fizd memang tak dapat sorok sekiranya dia fokus pada sesuatu, semua orang boleh nampak anak matanya besar bersinar.

Disebabkan aku baru sahaja menjalani pembedahan kecil mengeluarkan gigi geraham bongsu, aku tak dapat bersama peserta lain beriadah di tepi pantai.   Banyak juga aktiviti yang aku terpaksa korbankan, atas nasihat doktor.  Aku cuma dapat bersama mereka masa acara dalam dewan dan masa makan aje.  


Malam tu, encik Zairul makan semeja dengan kami, peserta wanita.  Sebenarnya ada sorang lagi lelaki, Azmey, yang agak lembut, jadi dia lebih selesa bergaul dan makan malam bersama kami.  Semasa waiter menghulurkan bubur nasi yang dikhaskan untukku, tiba2 terdengar suara encik Zairul.

"Baik-baik, ada adik sakit tu".  Tidak, dia bukan bercakap dengan waiter.

Fizd rupanya.  Dia sudah duduk di sebelah encik Zairul.  

"Kenal?"  encik Zairul bertanya pada Fizd sambil memandang aku. Fizd jawab kenal.

"Nama sapa, saya lupalah?" Encik Zairul tiba2 tanya nama aku.

"Farina", dengan bersusah payah aku cuba menyebut nama sendiri.

"Siapa?" 

Aku tenung encik Zairul lama, buat2 tak dengar pula.  Aku tau, dia cuba kenenkan aku dengan Fizd. 

Dia  faham rupanya. "Farina?"
Ha dengar pun.  Aku mengangguk.

Peserta seronok berborak, aku yang senyap kerana terpaksa.  Sekali-sekala aku aku toleh arah Fizd, dan dia membalas pandanganku dengan senyuman manisnya.

Mulutku tak boleh bercakap banyak sebab gusi belakangku masih bengkak dan berdarah selepas dijahit.  Makanpun kena berpantang.  Jadi kebanyakan masa aku tunduk aje cuba menghabiskan bubur nasi yang agak panas itu.

"Makin rapat nampak?"  terdengar suara seseorang didepanku.

Aku angkat muka nak tengok apa yang kecoh tu.  Ada pula yang terbatuk seperti disengajakan.  Aku terpandang Azmey  yang duduk bertentangan denganku di meja bulat itu.  Halamak dia sedang memerhatikan aku dari tadi sambil tersenyum simpul.    

Rupa-rupanya Fizd baru sahaja beralih ke kerusi kosong  di sebelahku.  Patutlah wajah staf2 senior yang semeja denganku nampak teruja semacam.  Mereka seolah2 sedang menyaksikan satu adegan dalam drama Cinta pukul 7 petang di TV3.   Aku terus rasa malu, adakah mereka semua sedang memerhatikan kami?

Semasa pergi meninggalkan meja makan, aku rasa sedih sangat.  Aku teringin nak lebih lama lagi bersama Fizd, tapi tak boleh.  Rakan sebilikku dah ajak balik, dia tak tau apa-apa.  Semua orang pun tak tau apa-apa.  

Sepanjang kursus, aku dapat lihat Fizd  prihatin padaku. Semasa rehat 30  minit menjamah makanan ringan di luar dewan, sekejap2 dia akan menoleh padaku.  Aku tak berselera makan apa2, sekadar seteguk air untuk melancarkan pil tahan sakit yang dibekalkan doktor.

Pernah sekali aku gunakan masa  itu untuk menelefon klinik.  Pondok telefon awam terletak di seberang bangunan sahaja dari tempat mereka  makan.  Aku dapat lihat Fizd melilau ke sana sini mencari aku agaknya. Bila mata kami bertemu,  dia melayangkan senyuman manis untukku.  Aku benar2 dah jatuh hati pada dia.

Bab 10: Bertandang di Aidil Adha

Fizd bagitau dulu2 aku dikenali sebagai gadis berjalan laju serta tak  pandang lelaki.  Katanya setiap kali aku melintas, Fizd dan rakan2 akan mengira berapa saat masa yang telah kuambil.

Aku bukan tak pandang lelaki, aku cuma tak pandang sesetengah lelaki seperti dia.  Aku teringat antara dua hingga tiga tahun dulu, ada dua peristiwa dimana aku mengelak dari memandang kearahnya.

Pertama semasa kami berkursus bersama sebagai persediaan proposal master.   Kami diarahkan ke bilik media untuk buat research.  Sebaik melewati ruangan komputer, aku ternampak Fizd bersama seorang staf  wanita duduk bukan main rapat lagi.  Mataku rasa tercemar dan sakit melihat mereka, Dan cepat2 berlalu dari situ.

Bila Fizd datang ke meja tempat aku dan rakan2 sedang berbincang,  aku tunduk sahaja fokus pada bahan bacaanku.  Sengaja aku tak  ikut mereka berbual kerana masih tak boleh hilang apa yang kulihat sebelum tu.  Tanpa kusedari, Fizd rupanya memerhatikan aku dan  mungkin dari situ datangnya idea karut  'Farina tak pandang lelaki.

Kedua, semasa aku berada di dalam toilet wanita berhampiran cafe, ketika waktu kerja sudah lama tamat.  Yakin kawasan pejabat tu sudah kosong tiada penghuni, aku menyanyi riang sambil membetulkan tudung.  Malah mulut aku masih berdendang lagi semasa aku sedang membuka  pintu toilet utama untuk keluar.  


Ketika itu juga Fizd sedang melintas betul2 dihadapanku!  Aku terhenti melangkah,  tutup semula pintu toilet,  dan tunggu sekejap untuk pastikan Fizd sudah berlalu pergi.  Ketika melangkah keluar,  dia masih ada lagi rupanya! 

Dia sedang berjalan perlahan, sesekali berhenti dan menoleh ke arahku.  Hendak tak hendak, terpaksalah aku teruskan berjalan ke arah yang sama dengannya menuju pondok bas.  Fizd  berhenti melangkah dan tunggu aku untuk jalan beriringan. 

Aku betul2 malu sebab aku yakin dia dah terdengar suara aku tadi.  Aku juga tak selesa untuk berjalan di sebelah lelaki. Seingatku, aku cuma pernah berjalan di sebelah guru di sekolah, dan pensyarah di universiti sahaja, ketika mahu bertanya soalan semasa mereka sedang bergegas tempat lain. 

Jadi semasa jalan bersama itu aku memang fokus  pandang ke depan sahaja dan elak dari tertoleh ke arahnya. Dia mengajak aku berbual, tapi aku cuma komen sepatah2 sahaja semua bualannya. 

"Saya jalan dululah." Aku berbasa basi dan terus melangkah selaju yang boleh untuk meninggalkannya.  Fizd faham agaknya dan membiarkan aku berjalan dahulu. Mujurlah pondok bas masih penuh dengan orang ramai yang mahu pulang ke rumah. Tak dapat kubayangkan jika kami berdua sahaja menunggu di situ.

Patutlah dia yakin betul aku tak pandang lelaki!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari Raya Korban.  Fizd datang berkunjung ke kampungku.  Semasa dia sampai, aku masih berbaju basahan.  Terkocoh-kocoh aku masuk bilik nak tukar baju raya.  Dari dalam bilik, aku terdengar dia bertanya pada mak aku, "Farina masih tidur lagi ke makcik?" Amboi amboi!

Aku duduk berdepan dengan Fizd, sambil dengar dia berborak dengan mak aku.  Abah takde pulak, dia selalu dipanggil untuk sembelih binatang korban.  Menjelang tengahari barulah abah sampai dan sempat makan tengahari bersama.

Pertama kali aku  pandang tepat ke wajahnya.  Anak mata Fizd coklat jernih,  tapi boleh bertukar gelap mengikut keadaan emosi dia masa tu.  Yang pernah kubaca,  fokus pada sesuatu yang jauh, teruja atau takut boleh buatkan anak mata nampak besar dan gelap dari keadaan normal, terutama mereka yang bermata jernih sepertinya. 

Patutlah mata dia yang pertama aku nampak semasa masuk ke cafe bersama Azah dulu.  Bagi majoriti orang Asia yang bermata coklat gelap atau hitam sepertiku,  perubahan warna anak mata tu tak nampak langsung.

Hidung dia mancung dan tinggi, bukan hidung Melayu tipikal.  Muka Fizd kalau dia diam tak bercakap, jenis muka serius dan sombong.  

Muka Fizd berubah jadi manis bila dia senyum.  Aku sukakan senyumannya!

Bapa Fizd  berbangsa India Muslim atau mamak.  Salah silah Fizd dari Penang, tapi datuk dan neneknya dah lama berhijrah ke Kuala Kangsar dan berkampung di situ.  Fizd ada darah mami rupanya!  

Arwah ibu Fizd anak Cina yang  diserahkan kepada pasangan Melayu sejak kecil.  Anak tunggal kepada keluarga angkatnya,  dan tidak kenal saudara-mara kandung.  Fizd adik-beradiklah warisnya yang masih ada. 

Aku pernah bawa emak abah ziarah rumah mereka selepas bertunang tempohari. Ketika itu cuma ayah dan adik2 Fizd sahaja yang ada.  Adik-beradik Fizd muka tak sama, ada yang ikut ayah, ada ikut mak, dan ada yang ambil sana sini sikit.  

Aku nusantara sejati.  Dapat anak nanti, mesti waris aku lagi dominan. 

Bab 8: Bershopping Sakan

Sejak balik dari cuti belajar 6 bulan lepas, sampai sekarang aku dan Fizd belum pernah berjumpa sekalipun.  Terserempak pun tak pernah.   Dah  seminggu sejak aku terima dia.   

Teman2 serumah aku semua jenis tak keluar malam, masa inilah biasanya kami berkumpul menonton tv.   Fizd call lagi.

"Do you have feelings for me?"
 
Aku tak tau nak cakap apa.  Aku malu sebenarnya.  Aku suka bila dengar suara dia. Aku rasa bahagia sebab ada orang sukakan aku.  Tapi aku tak tau macammana nak luahkan semua tu.

Lagipun, telefon rumah kami itu terletak dekat sangat dengan ruang sofa tempat menonton tv.  Kawan2 serumah aku dok tadah telinga je. Aku pun sama juga dok tadah telinga bila bf atau tunang diaorang yang berada dalam talian. 2x5 la kitaorang.  

Fizd  tau aku takkan cakap apa2, dia terus tanya, "Farina, bila kita nak jumpa?"

"I'm not ready.  Not  yet."

Aku tak pernah bercinta, aku tak reti apa nak cakap kalau kami ditakdirkan berjumpa. Aku memang betul2 tak bersedia nak jumpa dia lagi.  Macamana kalau aku pengsan depan dia sebab terlalu gementar?  Aku perlukan lebih masa untuk lawan perasaan aku ni.

"Farina,  I nak dengar you call me 'abang'."

"No!"

"Why not?"

"Not now."

"Bila boleh panggil?"

"Lepas kahwin nanti."

"You ada apa2 tak nak tanya pasal I lagi?"

"Fizd, do you get angry easily? Apa patut I buat kalau you tengah marah?"

"Yes I mengaku I panas baran.  I  harap you banyak bersabar dengan I nanti.   Suami boleh kalah tau,  kalau dapat isteri  yang lembut  dan sabar macam you."

Uh di mana lembut dan sabarnya aku ni?  Yang aku tau aku perempuan keras, suka sukan, jalan laju dan cakap tegas.

"Lepas kawin nanti, kalau you nampak I tengah marah, jangan melawan.  Senyap je.  Nak berhujah atau apapun, tunggu sampai I cool down."

Akan ku ingat tips ini sampai mati.  Tak ada manusia yang sempurna, aku lagilah jauh dari sempurna.  Tapi aku akan sentiasa cuba untuk baiki diri supaya esok  jadi lebih baik dari hari ini.

Fizd juga bercerita banyak lagi tentang diri dia.  Dia suka belajar bahasa Arab dan Quran.  Yang itu aku dah lama tahu sebab Azah pernah cerita. Katanya Fizd bawa Quran pergi ofis, dan tanya maksud-maksud di dalamnya kepada seorang staf Arab di situ.  

Allah perkenankan doaku  dan doa emakku.  Emakku juga rupanya telah berdoa siang dan malam semoga aku mendapat jodoh.  Ya Allah yang Maha Berkuasa, dan Maha Memperkenankan doa hambaNya!  Aku akui KekuasaanMu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Keluarga Fizd dan keluarga aku dah bersetuju majlis tunang pada 3 Jun nanti.  Aku memang tak masuk campur, aku serah semua pada abah.  

Fizd bagi 3 pilihan pada aku; satu aku beli cincin tunang aku sendiri, dua aku pergi beli bersama dia, tiga aku beli dengan makcik dia yang duduk di KL.  

Pastilah aku pilih yang pertama.  Aku masih tak sedia nak keluar dengan dia lagi.  Jika boleh aku nak keluar dengan  dia lepas nikah.  Dan aku rasa tak selesa pegi shopping dengan makcik dia, orang yang aku tak kenal.

Aku ke Semua House ditemani Lisa teman serumah.  Aku berkenan dan beli cincin yang simple dan murah sangat, cuma RM45 je, dari Kedai Emas Sri Pinang.

Kemudian kami bershopping sakan untuk majlis pertunangan.  Kami ke butik cari baju tunang, buntang mataku melihat baju2 kurung dari kain chiffon crepe dan sutera yang beralun dan indah. Akhirnya aku pilih baju berwarna ungu lembut berharga RM500++.  Beli kasut baru RM120.

Pertama kali aku menghabiskan duit gaji untuk pakaian.  Selalunya  beli baju bawah RM50 je.




Bab 9: Bertemu Lelaki Dalam Mimpi

Aku dan Fizd akhirnya janji untuk berjumpa, terpaksa, sebab aku nak serahkan cincin tunang tu pada dia.  Kami berjanji bertemu di luar pejabat Fizd, selepas waktu ofis.  Semasa aku ke sana, dari jauh aku ternampak kelibat seorang lelaki sedang berdiri sendirian.  

Aku  tak pasti adakah itu dia sebab nampak sangat lain dari yang ku ingat 2-3 tahun lepas, sewaktu kami sama-sama berkursus.  Satu lagi aku tak pernah tengok muka Fizd betul-betul pun sebelum ni, tengok dari jauh je.

Dari jauh, benda pertama yang terlintas difikiranku ialah, alamak sapa lelaki  tu?  Fidz yang ku ingat kurus tinggi seperti pelajar kolej sahaja.  Tapi  lelaki itu nampak besar, bidang dan boroi.  Adakah aku dah salah orang?  Adakah aku dah buat silap terima lamaran tanpa usul periksa?

Aku terus teringat mimpi2 dulu, lelaki seperti itulah yang muncul dalam semua mimpi anehku.  Tak mungkin, 2 tahun lepas dia slim melim, macammana boleh jadi  besar macam bapa orang ni???? Mungkin ini Fizd lain!

Fizd yang menegurku dulu, jadi betullah lelaki itu bakal tunangku.  Aku tunduk aje, angkat muka masa serahkan cincin.  Terkedu  tengok dia tengah senyum pandang aku, cepat-cepat aku tunduk balik.  

Masa itulah baru aku perasan, badan dia yang aku ingat besar boroi tu sebenarnya baju kerja yang dah selebeh separuh terkeluar dari pinggang, kembung bila ditiup angin petang.  Bahu Fizd pula  dah jadi sangat bidang dan berisi berbanding dulu, jadi tambah dengan baju gelembung, terus nampak macam badan bapak-bapak. Badan rugby player mungkin lebih tepat lagi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selepas pertemuan tempohari kami belum berhubung lagi.  Fidz terus balik ke kampungnya di Kuala Kangsar nak uruskan hal pertunangan.  Aku pun balik ke kampungku di Bagan Serai.  

Kami bertunang pada hari Ahad, 3 Jun 1990. Nampaknya Fizd tak mungkir janji, hantar rombongan meminang terus.  Dia tak ikut rombongan meminang, amalan ketika itu. Aku pun tak pasti sejak bila amalan lelaki ikut sekali siap bersanding semasa bertunang.

Malam selepas majlis pertunangan, barulah Fizd telefon, "I ingatkan you tinggi".

Fizd dah terlupa agaknya 2-3 tahun dulu dia pernah berjalan di sebelah aku.  Duhh mestilah dia tak ingat, dia dah berjalan beraama beratus perempuan.  Bagi aku pula yang cuba elakkan dari berjalan di sebelah lelaki, peristiwa itu memang kekal dalam ingatan.

"How come?"

"Mungkin you nampak tinggi dari jauh.  Dah dekat, cenonit je rupanya... ". 

"I thought you gemuk".

Dia dah tersentap,"ehh mana ada."

"Bila tengok betul-betul, macho rupanya hahahaha".

"You jangan cabar I, nanti I exercise lebih sikit bagi lagi macho."

"Pahlawan kena la macho, kalau tak macammana nak jaga tuan puteri!" ceh dah pandai bersenda-gurau juga aku yang skema ni rupanya.

"You pakai tak cincin tunang tu?"

"Mesti la pakai."

"Jaga betul-betul, itu tanda ikatan kita tau."

Aku takkan cerita mimpi anehku pada dia.



Fizd masih berusaha mengajak aku keluar dating bersama.   Aku menolak, lagipun kami dah berjumpa sebelum bertunang tempohari.  Cukuplah.  Aku ingin merasa manisnya keluar bersama selepas bernikah, bukan sebelum.  

Akhirnya Fizd mengalah.  Tetapi dia akan ke rumahku di Bagan Serai hariraya Aidil Adha nanti.  Sebulan selepas majlis pertunangan kami.  Dia ingin berjumpa ibubapaku. 

"Farina, make sure you pun ada sekali. I nak jumpa you.  I really want to see you."



Sambungan..

Bab 14: Dating Pertama

Sejak tiba di Penang, aku dan kawan2 serumah sibuk mencuci, mengelap dan mengemas.  Kemudian Timah selaku ketua rumah, memohon talian telefon.  Tak tau bila nak dapat.  Aku tak dapat nak berhubung dengan Fizd.  

Pejabatku belum ada talian telefon, terpaksa gunakan telefon di main office kalau ada kecemasan.  Aku cuba menghubunginya pada waktu siang, menggunakan telefon awam.  Tapi tak pernah berjaya.  Mungkin dia sibuk di makmal.

Aku dah rasa terlalu rindu.  Selepas 5 hari, aku nekad keluar rumah pada waktu malam dan pergi ke telefon awam berhampiran.  Pondok telefon awam terletak 1 km dari rumah, dan aku terpaksa berjalan kaki ke sana.  Takut, pertama kali aku keluar malam di Penang.

Akhirnya berjaya.

"Fizd, it's me Farina."

"Farina, I missed you like crazy!  Why hadn't you called?"

"I miss you too."

"You do?"

"I tried several times. I never reached you."

"Sukanya I dengar suara you."

Aku pun sama.

"I am going to Seoul two weeks after our wedding day.  Kita berbulan madu di situ?"

Aku teruja sangat. Aku memang tak sabar bercuti dengan Fizd berdua sahaja,  tanpa gangguan dari sesiapa.  
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari ni aku ke KL oustation.  Aku menumpang di rumah Acik di Damansara.  Dan aku dah berjanji nak keluar dating dengan Fizd.  Ye aku tau, aku tau....  tak elok,  tapi godaan ni terlalu kuat.  Fizd dah teringin sangat nak berjumpa denganku.  Dah dua bulan lebih kami tak jumpa sejak aku pindah Penang.

Kami jumpa di SOGO,  Fizd nak cari baju kerja, beli 2 helai kemeja.  Aku pilih warna biru, dia pilih pink.    Fizd tetap nampak maskulin walau pakai kemeja pink.

Semasa kami berdiri menunggu bas, ada dua wanita Filipino bert-shirt sendat dan seluar jeans ketat di hadapan.   Walau gemuk dan rendah, dah pasti setiap inci lekuk di badan diaorang takde dapat disorok-sorok lagi.  Fizd pun apa lagi, terus bisik ke telingaku," I want you to dress like that at home."

Di dalam bas, aku memilih untuk duduk di sebelah seorang auntie Cina walaupun ada tempat kosong untuk dua orang di hadapan.  Aku tak mahu duduk sebelah Fizd, aku tak boleh. 

Malangnya selepas sahaja auntie itu turun, Fizd terus pindah duduk sebelah aku.  Aku rasa sungguh tak selesa, aku rasa berdebar-debar je.  Pelik betul Fizd macam ok, tak rasa apa-apa pun.  Agaknya dia dah biasa buat macam ni. 

Ya Allah, inilah aksi Fizd yang aku jijik melihatnya satu masa dulu, tapi sekarang akulah pelakunya. Ampunkan aku ya Allah.

Kami ke rumah Acik.  Semasa aku sendukkan makanan untuk Fizd dan bertanya  samada dia mahu lebih, Fizd langsung tak pandang ke arah pinggan nasinya. Sebaliknya matanya cuma fokus pada aku.   Mujurlah Acik sporting, cool je tak cakap apa2 tengok kami,  sebab terlalu jelas pandangan mata Fizd yang tidak berganjak seperti spotlight itu.

Begitu juga semasa aku lalu lalang di ruang tamu Acik yang sempit tu, mata Fizd tetap pada aku.  Dia langsung tak sedar apa yang sedang Acik bualkan.  Mujurlah aku sudah biasa, sudah hilang perasan ketar dan gemuruh ketika pandangan kami bertemu.  Cuma malu kepada Acik sahaja kerana Fizd yang langsung tak pandai mengawal pandangan matanya itu.

Kemudian aku hantar dia ke bus stop.  Hmm aku dah sayangkan dia lebih dari dulu.  Aku berdoa semoga perhubungan kami tetap dalam kesucian, moga tiada yang buruk berlaku. Dan seandainya tiada jodoh antara kami, biarlah kami berpisah tetap dalam keadaan suci.




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sebulan berlalu.  Fizd ada kerja di Penang dan datang mengunjungiku. Fizd memberiku sekeping jubin dengan tulisan romantis. Jubin itu ku letakkan di atas rak di pejabatku.


Aku ditaburi kata2 indah melalui berbagai cara.  Puisi ini yang ditulis oleh H Romantik KL ini dihantar melalui email.

Farina

Sometimes I wish
I didn't love you so much
Sometimes I think
My life would be better
Alone without you
But then sometimes
I remember
Your smile
Your face
Your laughter
You
I kneel down in gratitude
That you are in my life

Fizd


Kad2 ucapan darinya semuanya aku simpan rapi.  Aku rasa seperti puteri di alam fantasi.  Adakah dia akan begini selepas kami kawin nanti? Atau adakah dia akan bertukar arah seperti ramai suami2 yang ku baca di ruangan masalah rumahtangga?  

Kadang2 muncul juga curiga di kepalaku, entah2 dia dah bagi 100 kad macam ni pada semua ex dia. Tapi aku cepat2 membuangnya jauh. Pandang ke hadapan, jangan toleh ke belakang. This is your choice, your life.

Ya Allah, jodohkanlah aku dengan dia. Mudahkanlah urusan kami.